in

6 Plaza Tol Baru Bakal Dibina di Lembah Klang

Tol

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
6 Plaza Tol Baru Bakal Dibina di Lembah Klang
Loading
/

Tidak lama dulu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ada menyatakan penentangannya terhadap pembinaan tol di lebuh raya dan menyalahkan pemimpin sebelumnya, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana mewujudkan sistem tersebut.

Kenyataan ini telah dimuat naik dalam bentuk video di laman Facebook rasminya pada 26 Februari lalu menumpukan topik ‘legacy problem’ yang menyentuh mengenai isu tol.


Namun disebalik kenyataan tersebut, difahamkan sekurang-kurangnya enam plaza tol baru akan dibina di Lembah Klang, lapor Malaysiakini. Eh biar betul ni?

Tiga daripada tol ini berada di bawah pembinaan lebuh raya Damansara-Shah Alam Elevated Expressway (DASH) dan tiga lagi pula akan dibina sepanjang lebuh raya bertingkat Sungai Besi-Ulu Klang (SUKE) yang kini sedang dalam pembinaan.

1864Df4210Cd3Bb7Db3314594C8F1384
sumber: malaysiakini

Tiga plaza tol yang bakal dibina sepanjang DASH:

  1. Denai Alam Toll Plaza
  2. Rubber Research Institute of Malaysia (RRIM) Toll Plaza
  3. Mutiara Damansara Toll Plaza

Manakala tiga lagi yang akan dibina di plaza tol SUKE pula ialah:

  1. Alam Damai Toll Plaza
  2. Bukit Teratai Toll Plaza
  3. Ampang Toll Plaza
0Dd92538Eeca0D094C44E028E10Ca369
sumber: malaysiakini

Menerusi klip video yang dimuat naik Najib, dia jelas sekali menegaskan pendiriannya menentang tol sepanjang laluan biasa.

Saya tidak percaya jika kita mengenakan bayaran tol setiap hari, ia baik untuk rakyat. Tidak, saya tak percaya.

“Jika Lebuhraya Utara-Selatan, Lebuhraya KL-Karak, ya, kerana anda hanya menggunakannya sekali-sekala.

“Tapi kalau hari-hari bayar tol, dua kali empat kali siapa pun sakit hati.”

Emm sekarang tak tahu nak rasa sakit hati ke tak…

Ed1C
gambar hiasan

Walau bagaimanapun, tujuan DASH dan SUKE dibina adalah untuk menghubungkan kawasan berpenduduk padat dengan jaringan sistem lebuh raya yang sedia ada sekitar Lembah Klang.

Malah DASH juga difahamkan bertujuan menampung pembangunan pesat di Shah Alam dan Batu Arang, manakala SUKE pula menghubungkan Sungai Besi, Cheras, Pandan, Ampang dan Ulu Klang selain menyediakan alternatif untuk MRR2.

9A27
sumber: blog

Disebabkan sebahagian besar lebuh raya itu akan melalui Selangor, kerajaan negeri Pakatan Harapan (HARAPAN) juga menerima kritikan kerana tidak menyekat projek berkenaan walaupun mereka juga ada menyatakan hasrat untuk memansuhkan tol.

Pun begitu, kerajaan Selangor berjaya menghalang Lebuhraya Kinrara-Damansara (KIDEX) yang akan merentasi Petaling Jaya di mana dikatakan mempunyai sekurang-kurangnya tiga plaza tol.

Bertabahlah… Malaysia dan tol berpisah tiada. 

Baca: “Kesian rakyat mampu tengok gambar je” – PM Najib Muat Naik Gambar Makan Ketam, Terima Pelbagai Reaksi

Najib

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.