in

6 Benda ‘Vintage’ Yang Dilupakan Kerana Peredaran Zaman Tapi Sekarang Buat ‘Comeback’

Ft Pakcu

Perasan tak, makin lama benda-benda vintage semakin diterima dan digemari ramai orang? Dulu benda-benda vintage ni macam lenyap sebab tak ada permintaan atau sebab tak menjadi bualan sekejap tapi sekarang buat ‘comeback’ dan ramai suka! Jom tengok apa contoh barang-barang vintage yang makin dicari dan mempunyai permintaan yang tinggi sekarang.

 

1. Batik

Batik

Dulu-dulu nenek moyang kita pakai kain batik as a kain, selendang dan macam-macam lagi tapi disebabkan perubahan zaman, kain batik sekarang dah digunakan as baju, seluar, beg, perhiasan dan macam-macam lagi!

Sekarang kain batik atau corak batik tu memang dah komersial dan korang sendiri boleh tengok banyak business owner jual produk berunsurkan batik.

Batik0

Image From Ios 7

 

2. Set pinggan mangkuk/caserole

Set pinggan mangkuk ni ada macam-macam jenis tapi kalau korang tengok corak pun memang akan menggamit memori. Sekarang, set pinggan mangkuk enamel pula yang buat ‘comeback’.

Jangan terkejut, tapi punyalah famous benda ni sampai ada yang sanggup beli set caserole dengan harga mencecah ribuan ringgit tau!

Pinggan

Pinggan3

Caserole2

 

3. Kamera polaroid

Cantik kan kamera polaroid? Kalau korang ada kamera polaroid design dulu-dulu, please keep it! Cantik sangat and gambar dari polaroid ni memang unik. Dapat on the spot pula tu kan!

Fun fact: Polaroid dicipta pada tahun 1933 oleh Edwin Herbert Land dan pada tahun 1977 lebih 6 juta kamera Polaroid habis terjual! Smiley Surprised

Boomunderground Vintage Photography Photo Camera Gif

 

4. Perabot rotan

Perabot

Perabot yang diperbuat daripada rotan memang cantik-cantik belaka ye! Tak kisahlah katil ke, sofa ke, cermin ke atau meja kerusi makan sekali pun semua buat kita rambang mata dan geram je rasa nak beli. Walaupun mahal, berbaloi beli sebab tahan lama!

Rattan2

 

5. Wayang kulit

Sebelum adanya panggung wayang dan industri filem, nenek moyang kita dulu berhibur dengan menonton wayang kulit ni tau. Tapi, ada pada suatu ketika wayang kulit ini dilupakan dek kerana peredaran masa serta teknologi.

Kalau korang nak tahu, ada 4 jenis wayang kulit tau:

  • Wayang Kelantan – disampaikan dalam loghat Kelantan dan diasaskan oleh pengaruh Patani
  • Wayang Melayu – disampaikan dalam bahasa Melayu berpengaruh Jawa
  • Wayang Purwo – disampaikan dalam bahasa Jawa dan diselitkan dengan bahasa Melayu tempatan
  • Wayang Gedek – lazimnya disampaikan dalam bahasa Thai dan bahasa Melayu loghat tempatan

Dsb 1252 Rgb

Dsb 1065 Rgb

Peredaran zaman memang menjadi faktor sesuatu benda itu dilupakan tapi bukan salah sesiapa pun sebab setiap tahun akan ada saja inovasi baru. Kalau nak tahu, sebenarnya masih ada ‘legend’ yang kekal teguh mengekalkan tradisi wayang kulit ni tau!

Eyo Hock Seng atau lebih dikenali sebagai Pak Cu, Tok Dalang sudah berkecimpung dalam dunia persembahan wayang kulit ini sejak berusia 14 tahun lagi. Kini, bakat Pak Cu itu diwarisi oleh cucunya, Eyo Adam.

Dsb 2350 Rgb

Dsb 0892 Rgb

Memang penting untuk kita jaga dan kekalkan warisan atau tradisi supaya ianya dapat diceritakan kepada generasi akan datang. Kini tiada lagi warisan yang bakal dilupakan kerana adanya teknologi, korang sendiri boleh tengok macam mana Adam guna iPhone 12 Pro Max tu untuk rakam dan menyunting persembahan Pak Cu dan sebarkan video menggunakan rangkaian Maxis supaya ianya dapat ditonton lebih ramai orang.

Dengan adanya teknologi dan jika ia digunakan dengan sebaiknya, budaya atau tradisi di negara kita ini tidak akan ‘mati’ begitu saja. Melalui gajet pun kita boleh ‘enjoy’ tengok wayang kulit!

Sumber: ftnshc
Sumber: booming.plus