in

5 ‘Makanan’ Pelik di Malaysia Tapi Buat Korang Rasa Nak Cuba!

Makanan Pelik

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sekarang ni banyak sangat benda-benda yang diinovasikan oleh mereka-mereka yang ada pemikiran kreatif ni. Kalau pada asalnya benda itu tak ada lah laku sangat, tapi bila dah combine dengan benda lain, haa terus meletop kauuu! Kannnn betul tuu!


Tapi apa yang kita nampak zaman sekarang ini, dorang lebih banyak gunakan makanan untuk tarik minat kita semua. Mentang-mentang lah orang Malaysia ni suka makan kan! So kat bawah ini admin nak listkan 5 ‘makanan’ pelik yang dorang cipta, yang akan buat korang nak try!

 

1. Aiskrim Teh Tarik

Teh Tarik 1
sumber: facebook
Teh Tarik 2
sumber: facebook

Teh tarik ini, daripada dulu sampai sekarang confirm laku keras je. Kalau macam dulu, kita selalu tengok pakcik-pakcik yang minum kan, haa sekarang jangan terkejut lah kalau ada budak sekolah rendah yang order teh tarik dekat kedai mamak tu.

Sampaikan produk ais krim terkenal, King’s Potong bersama F&N ada memperkenalkan ais krim terbaru, iaitu Ais Krim Teh Tarik. Sedap weyhhh…. Katanya rasa dia pekat kaw-kaw punyaa. Haa peminat teh tarik boleh lah pergi beli cepat-cepat!

 

2. Burger Nasi Lemak

Burger
sumber: mcdonalds
Ingredient
sumber: mcdonalds

Untuk peminat setia McDonald’s, korang mesti tahu dorang baru keluarkan Burger Nasi Lemak. Kalau korang tengok dekat McDonald’s area rumah korang tu, mesti semua tengah beratur nak try Burger Nasi Lemak ini. Apa yang admin tahu, Burger Nasi Lemak ini dapat feedback positif daripada peminat sebab rasa dia yang sedap.

Cuma korang jangan lah letak sos dekat burger tu, nanti rasa apa pulak lah burger korang tu kan. Tapi, pada pendapat admin kalau sambal dia tu lagi pedas, rasanya lagi sedap kot. Resepi baru dari McDonald’s ni memang kena lah dengan tekak orang yang tak suka makan pedas sangat tu.

 

3. Sandwich Keju Pelangi

Loaf 2
sumber: facebook
Loaf 1
sumber: kl now

Asalnya Sandwich Keju Pelangi ini datang dari Thailand, tapi orang kita dah bawa makanan ini ke Malaysia dan kini menjadi antara sandwich kegemaran kita semua. Sebabnya orang kata sandwich ini sesedap rupa dia and cheese dia pun memang padu. Untuk pengetahuan korang, sandwich ini cuma ada di Loaf U, Penang. Customer yang datang sana suka ambil gambar sambil tarik roti tu untuk tunjuk betapa padatnya cheese yang ada dalam sandwich tersebut. Aiii sedap pulak tengok!! 

 

4. Sambal Strawberry Ikan Masin

Sambal Strawberry Strawberi Bottle
sumber: blog
11251756 1513405972213370 13290538 N
sumber: blog

Sambal Strawberry dengan Ikan Masin? Euwww.. Haa mesti ini reaksi pertama korang bila baca kan. Sebenarnya sambal strawberry dengan ikan masin ini dimakan dengan nasi lemak. Ramai orang kata sambal tu memang sedap, sebab rasa dia memang lain dari yang lain.

Pada mulanya, owner kedai sengaja cipta resepi unik ini dan bagi customer dorang makan dengan percuma. Tapi dia langsung tak sangka bila sambal strawberry ini dapat pujian ramai, dan sejak itu lah dia jual sambal tersebut. Korang yang nak try itu boleh lah pergi dekat Cameron Highland, kat situ siap ada gerai dorang lagi tau!

 

5. Aiskrim Telur Masin

Utterly
sumber: foursquare
Utterly 1
sumber: foursquare

Haa banyak-banyak makanan, ini yang paling pelik sekali! Korang boleh cuba aiskrim telur masin ni dekat kedai Utterly Ice Cream di Gurney Paradon Mall. Dekat kedai ini, dorang memang suka keluarkan rasa aiskrim yang pelik-pelik contohnya macam wasabi. And rasa wasabi tu pedas macam bila korang makan dengan sushi! WHAATT? Utterly Ice Cream ini memang sentiasa queue sebab tak banyak kedai aiskrim yang ada perisa macam kedai ini ada. So siapa yang berani tu boleh lah pergi try!

Korang-korang yang suka sangat try makanan pelik-pelik itu, haa boleh lah try 5 ‘makanan’ kat atas ini!

Baca: 4 Daripada 10 Mi Segera Paling Sedap di Dunia Adalah Jenama Malaysia

Capture 20

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.