fbpx
in

5 Staf Kementerian Kewangan Didapati Bersalah Ambil Rasuah Untuk Cepatkan Proses Permohonan

Collage 4

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lima kakitangan Unit Pendaftaran Syarikat Kementerian Kewangan telah didenda RM1,500 ke RM2,000 lepas kesemua dari mereka mengaku menerima wang sogokan.


Kesemua tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan gagal melaporkan kesalahan penyogokan kepada SPRM berkaitan pendaftaran akaun baharu e-perolehan selepas tuduhan dibacakan di hadapan Hakim Manira Mohd Noor.

Menurut Astro Awani, mereka didapati telah menerima wang sogokan berjumlah dari RM200 hingga RM600 dari orang tengah bagi tujuan mempercepatkan proses permohonan.

41606888881 Limakakitangan

Kesemua kakitangan ini berusia dari 32 ke 39 tahun bergred W19 dan W29 telah didapati bersalah di bawah Seksyen 25 (1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 25 (2) Akta yang sama kerana gagal melaporkan sogokkan itu kepada SPRM.

Selepas hukuman dibacakan, Hakim Manira turut memberikan nasihat serta mengharapkan agar kesemua tertuduh mengambil pengajaran dari hukuman ini.

“Walaupun jumlah diambil agak sedikit tetapi dia bermula dari akar umbi yang mana akan bawa kemusnahan kepada keluarga kamu sendiri.
“Saya harap kamu insaf selepas ini, di tempat kerja kamu seterusnya membawa kerosakan masyarakat. Dengan jumlah kecil itu, jangan dianggap bukan kesalahan. Ia adalah kesalahan yang besar, pada masa akan datang….mahkamah berharap hukuman ini memberi satu pengisafan kepada kamu semua.”
Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Back to Top