in

5 Sebab Mengapa Wanita Lebih Tertarik Dengan Lelaki Yang Sudah Berkahwin

123 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Isu curang dan kemunculan orang ketiga dalam rumah tangga bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, kadang kala boleh muak jika berita seperti ini tular di media sosial. Senario ini membuatkan ramai daripada kita takut untuk bercinta dan berkahwin kerana risau akan turut menghadapi masalah yang sama.


Isu-isu seperti ini membuatkan kita tertanya-tanya, tidak cukupkah lelaki di dunia ini sehingga wanita bujang lebih tertarik dengan lelaki yang sudah berkahwin?

Berikut adalah 5 sebab mengapa lelaki yang sudah berkahwin menjadi tarikan wanita:

 

1. Lebih ‘adventurous’

1 5

Menurut kajian, wanita akan lebih cenderung untuk memandang seseorang lelaki itu menarik apabila lelaki itu disukai oleh wanita lain. Dalam bahasa mudahnya, sesetengah wanita akan lebih tertarik kepada suami orang berbanding lelaki bujang!

Daripada perspektif lain pula, rasa ‘adventurous’ itu membuatkan mereka berasa bahawa sesebuah hubungan itu seronok meskipun sedar akan kesalahan yang dilakukan.

 

2. Pemikiran lelaki berkahwin lebih matang

2 5

Ini memang tidak boleh dinafikan, lelaki yang sudah berkahwin lebih matang daripada mereka yang bujang. Lelaki bujang selalunya masih mencari arah hidup mereka dan lebih teruk, ada yang masih berperangai seperti budak-budak! (main permainan video pada setiap masa misalnya)

Jadi, agak logik apabila lelaki yang sudah berkahwin menjadi tarikan wanita yang mahu ‘settle down’.

3. Lelaki berkahwin ‘stable’ dan berduit

3 6

Isu ini sedikit sensitif tetapi salah satu sebab wanita sanggup untuk menjadi orang ketiga adalah disebabkan faktor lelaki yang berduit.

Lelaki bujang kebiasaannya masih baru bekerja dan mengambil sedikit masa untuk mengumpul duit dan ‘stable’.

4. Mulut manis

4 3

Tidak seperti wanita, lelaki akan nampak lebih kacak dan menarik apabila umur mereka meningkat. Kata orang, ‘saham makin naik’.

Lelaki yang sudah berkahwin lebih berpengalaman dalam isu percintaan kerana mereka sudah mempunyai pengalaman bersama isteri. Lelaki bujang pula kebanyakannya lebih pemalu dan sukar untuk meluahkan perasaan kepada wanita.

 

5. Lebih mudah digoda!

Men Flirting
Inilah yang berlaku pada hari ini, lelaki yang sudah berkahwin tetapi dayus bukanlah sesuatu yang pelik untuk dilihat.

Lelaki dayus lebih mudah untuk digoda berbanding dengan lelaki bujang. Lelaki dayus ini sanggup mencari keseronokan di luar berbanding meluangkan masa bersama isteri di rumah. Korang jangan jadi mangsa pula!

Jangan bina kebahagian di atas penderitaan orang orang lain. Ingat, ‘what you give is what you get’.

 

BACA: “Belakang makwe dating dengan orang lain” – Giliran Safawi Pula Kena Troll Dengan Netizen, Dikatakan Curang Belakang Syifa Melvin?

Capture 11

Sumber: Mark Manson
Sumber: eHarmony
Sumber: Sarcasm.co
Sumber: LovePanky

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.