in

5 Port Nasi Lemak Area KL yang Korang Kena Try. Nombor 1 Memang Padu

Cikmak

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Nasi Lemak, tipu lah kalau tak pernah makan kan. Signature dish tempatan yang paling dikenali ni memang tak jemu makan berulang sekali pun. Tak kisah lah untuk sarapan ke, makan tengah hari, makan malam atau supper sekali pun, nasi lemak memang dah jadi favourite semua rakyat Malaysia. Ye lah kan, sampai negara jiran kita pun nak claim nasi lemak ni makanan tradisional diaorang. 

Okay kali ni kami nak share 5 port nasi lemak best area KL yang korang kena try in no particular order. Jangan risau, kitorang provide alamat sekali senang korang nak Waze


 

1. Nasi Lemak Wan Jo @ Kampung Baru, KL

Front Of Shop Menu

Nasi Lemak Wan Jo memang one of the best in town. Kedai ni dah lama beroperasi dan rasa dia maintain sama setiap kali korang singgah. Walaupun harganya agak mahal sikit, tapi kami guarantee, confirm berbaloi!

2

Level best: 4.8/5

Alamat: 8, Jalan Raja Muda Musa, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur
Waktu operasi: 7.00am – 12.00pm, 3.00pm – 12.00am

2. Nasi Lemak Medan Selera 223 @ Seksyen 51a, PJ

Ada dua gerai nasi lemak di Medan Selera 223 ni – Nasi Lemak Panas Yati dan Nasi Lemak Panas Suri. Kalau korang suka yang pedas, korang boleh try Nasi Lemak Panas Yati. Tapi Nasi Lemak best kot, mesti lah padu!

Nasi Lemak Panas Dekat Selera Jaya 223 003

Level best: 4.3 / 5

Alamat: Jalan Suasana 51a/223, Seksyen 51a, 46100 Petaling Jaya 43200
Waktu Operasi: 5.00pm – 4.00am

3. The Malayan Kitchen @ The Port, Bandar Utama

Ini nasi lemak rare. Gerai ni hidang nasi lemak dengan lauk yang lain dari yang lain – otak-otak, pepes, ayam pandan, ayam goreng kalasan. Nasi Lemak gerai ni kualiti memang tiptop, sebab diaorang masak guna beras basmathi.

Screen Shot 2019 03 02 At 12.39.08 Pm

Level best: 4.5/5 

Alamat: The Port, Lebuh Bandar Utama, Bandar Utama, 47800, Petaling Jaya (Sebelah Balai Polis Bandar Utama)
Waktu Operasi: 6.00pm – 2.00am

4. Warong Kak Long @ Cheras, KL

Kalau korang nak makan nasi lemak bungkus murah, korang kena tahu kedai ni. Sebungkus nasi lemak 50sen je. Murah gila. Tapi kalau korang nak ayam, kena tambah lah lagi RM3. Still murah!

W6
Sumber: goodyfoodies. Blogspot. Com

Level best: 4.6/5 sebab murah

Alamat: 12, 10, Jalan Suasana 2/7, Tun Hussein Onn, 43200 Cheras
Waktu Operasi: 6.00am – 3.00pm, Isnin tutup

 

5. Nasi Lemak Bumbung @ Sea Park, PJ

Terletak belakang Maybank dekat Seapark. Signature dish kedai ni ialah ayam goreng dan telur goyang. Sambalnya tak pedas sangat, so sesuai untuk setiap lapisan masyarakat.

Dsc02117

Level Best: 4.2/5

Alamat: Jalan 21/11b, Sea Park, 46300 Petaling Jaya, Selangor
Waktu Operasi: 5.30pm – 4am, Jumaat tutup

Haa, lapar tak? apa lagi jom lah kita makan nasi lemak. Kalau korang ada port nasi lemak yang best, share lah dengan kami

 

Baca: Isteri Mengidam Nasi Lemak Airasia, Nasib Baiklah Netizen Baik Hati Nak Tolong!Screen Shot 2019 03 09 At 2.47.55 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.