in

5 Perkara Yang Korang Patut Buat Bila Hadapi Kemalangan

Fi Acc

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Malang tak berbau. Sama lah macam pepatah ni, kemalangan jalan raya bukanlah sesuatu yang boleh dirancang untuk kita elak.


Tapi korang mesti pernah berdepan dengan kemalangan atau paling tidak pun, jadi saksi kemalangan, betul tak? So, min nak tanya apa korang akan buat selalunya bila berada dalam situasi macam ni? Mesti panik kan?

Jangan panik…jom tengok 5 perkara yang korang boleh buat bila hadapi kemalangan!

1. Pastikan bateri phone masih ada

Battery 784X441 1

Ada sesetengah orang yang sayang dengan phone, akan guna sampai bateri tu dah tinggal 1% baru nak cas. Tak salah nak jaga phone tu…tapi untuk situasi genting yang kita tak tau bila-bila boleh terjadi ni, kalau boleh jangan biasakan bateri phone korang tu dalam keadaan ‘nyawa-nyawa ikan’.

Ataupun untuk lebih mudah, sentiasa bawa bekalan power bank dalam beg. Jadi, kalau terjadinya situasi kecemasan korang setidaknya boleh gunakan phone tu untuk hubungi pihak polis atau keluarga untuk laporkan apa yang terjadi.

2. Kekal bertenang

Stay Calm

Ini perkara yang sangat penting! Sekiranya korang merupakan pemandu semasa kejadian berlaku, pastinya korang akan panik. Tak apa…beri sedikit masa untuk diri sendiri bertenang. Sama juga konteksnya kalau korang sebagai penumpang. Pastikan semua yang terlibat untuk kekal bertenang terutamanya pemandu. Tutup enjin dan terus keluar daripada kereta.

Hal ini kerana, jika kita dalam keadaan yang panik, susah untuk kita berfikir dalam keadaan yang waras lebih-lebih lagi semasa situasi genting yang memerlukan kita untuk membuat keputusan yang betul.

3. Hati-hati dengan individu yang nak ambil kesempatan!

Jangan tak percaya, individu yang ingin mengambil kesempatan atas kesusahan orang lain ni, dekat jalan raya pun ramai tau! Lebih-lebih lagi di kawasan yang kerap berlakunya kemalangan. Confirm ramai dan cepat je orang datang nak tolong.

Jadi, korang kena hati-hati. Lebih baik kalau kereta korang masih di bawah insurans, terus hubungi syarikat insurans untuk minta bantuan sepatutnya. Nombor telefon insurans biasanya ada pada pelekat atau di cover letter insurans berkenaan.

4. Rekodkan bukti kemalangan

C00571C0Sss

Jika membabitkan kemalangan yang agak serius dan perlu buat laporan pada pihak polis, bukti kemalangan adalah sangat penting. Jadi, pastikan korang ambil gambar kereta dan juga kawasan kejadian termasuklah semua bukti.

Tindakan ini untuk bukan sahaja dapat memudahkan pihak polis membuat siasatan, ia juga dapat sedikit-sebanyak bantu korang untuk claim insurans nanti.

5. Elakkan ‘interview’ mangsa kemalangan

Sesiapa sahaja yang baru berdepan dengan kemalangan pastinya akan mengalami trauma. Walaupun hanya kemalangan kecil yang tak melibatkan apa-apa kecederaan serius, ia masih boleh menyebabkan seseorang itu trauma dengan apa yang telah berlaku.

Jadi, jangan lah korang terus pressure mereka dengan soalan yang bertalu-talu. Beri mereka sedikit masa untuk kembali bertenang dan baru lah tanya tentang apa yang telah terjadi saat mereka kemalangan.

Jadi, lepas ni andai kata korang terlibat dengan kemalangan, jangan panik dan boleh follow tips ni!

Sumber: Twitter

Baca: VIRAL Mangsa Kemalangan Terbakar Satu Badan Berjalan Keluar Dari Kereta, Rupa-rupanya…

Baca Acc

Sumber: Laybourne
Sumber: Blog

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.