in

5 Perkara Korang Perlu Tahu Tentang Sultan Ibrahim Sempena Pertabalan YDP Agong Esok!

collagefeat 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Esok, 31 Januari 2024 akan berlangsungnya Majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17. Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar telah dipilih untuk menggantikan Al Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang menamatkan pemerintahannya pada hari ini.

Jadi, sempena pertabalan yang bakal dijalankan ini, apa kata kita kenali sedikit sebanyak latar belakang Sultan Ibrahim melalui fakta-fakta di bawah ini:


Artikel berkaitan: “Jarang2 sultan style rambut macam tu” – Netizen Terpesona Gaya Rambut Baru Sultan Johor

Artikel berkaitan: Lelaki Ditangkap Ceroboh Istana dan Cuba Curi Ferrari Sultan Johor

1. Ditabalkan sebagai Sultan Johor 5 tahun selepas kemangkatan ayahandanya

SI Johor 1504605563

Untuk pengetahuan korang, walaupun telah menaiki takhta sebagai Sultan Johor pada tahun 2010, Hari Kemahkotaan baginda telah ditangguhkan dan dibuat pada tahun 2015 tau!

Di dalam salah satu temubual, Sultan Ibrahim mengatakan bahawa kelewatan ini bukanlah satu perkara yang baru. Malah moyang baginda, Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim telah ditabalkan pada 29 Julai 1886 iaitu 23 tahun selepas menaiki takhta sebagai Sultan Johor era moden pertama.

Tambah baginda lagi, salah satu sebab pertabalan dilewatkan adalah kerana menunggu Istana Besar selesai menjalani pengubahsuaian.

2. Latihan ketenteraan

IMG 20230323 WA0064

Diputerakan pada 22 November, Sultan Ibrahim telah mengambil bahagian dalam latihan ketenteraan untuk pegawai muda di Fort Benning, Georgia USA serta latihan American Special Forces dan Pathfinder di mana baginda telah membuat sebanyak 19 terjunan payung terjun.

Selain itu, baginda juga turut dipilih dan ditauliahkan sayap sebagai seorang komando dan anggota pasukan SEAL.

Di Malaysia, baginda telah dilantik sebagai timbalan Pegawai Pemerintah Askar Timbalan Setia Negeri dan menjalani latihan juruterbang helikopter dengan Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM) hingga dikurniakan dan menerima sayap pada 26 April 1982.

Tak cukup dengan itu, Sultan Ibrahim turut menyertai latihan tentera laut selama tiga bulan di Pangkalan Tentera Laut DiRaja Malaysia Lumut, sekali gus melengkapkan Tuanku sebagai pegawai tentera darat, laut dan udara.

3. Mempunyai darah British

Keluargamahkota56

Sultan Ibrahim merupakan keturunan Melayu-British di mana almarhum ayahandanya Sultan Mahmud Iskandar telah berkahwin dengan Josephine Ruby Trevorrow pada tahun 1956 selepas bertemu di Britain ketika menamatkan pengajian.

Josephine Ruby Trevorrow kemudiannya telah menukar nama kepada Enche’ Besar Hajah Khalsom binti Abdullah.

4. Pandu kereta api terakhir keluar dari Stesen Tanjong Pagar

17457596 10155027551490600 1520149410835468176 n 696x423 1

Pada tahun 2011, Sultan Ibrahim telah mencemar duli dengan memandu komuter terakhir yang keluar dari Stesen Tanjong Pagar sebelum ia ditutup secara rasmi. Dalam perjalanan terakhir itu, baginda telah membawa seramai 600 penumpang termasuk golongan diraja Johor, bekas dan pekerja KTM, wartawan dan rakyat jelata.

Sultan Ibrahim bertitah bahawa baginda telah menyatakan hasrat untuk membawa kereta api terakhir itu kepada pengerusi KTM bagi menghormati jasa moyangnya Sultan Ibrahim yang telah membukan landasan yang membolehkan kereta api pertama untuk masuk ke Singapura dari Malaysia pada 1923.

Untuk membawa komuter tersebut, baginda perlu belajar tentang diagram kawalan kereta api dan mekanik macam mana kereta api bergerak sebelum memulakan latihan praktikal.

Selain kereta api, beta juga boleh terbangkan pesawat, helikopter dan melayarkan kapal layar beta sendiri. Beta bukan seorang yang membosankan. Semua perkara adalah cabaran buat beta dan beta sentiasa akan cari perkara baru yang boleh dibuat setiap hari.”

5. Miliki nombor plat termahal di Malaysia

2275066.png

Selain mempunyai pelbagai kereta-kereta mewah, Sultan Ibrahim juga telah beberapa kali menjadi pembida tertinggi untuk nombor-nombor plat kereta istimewa.

Seperti pada september lalu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook kongsikan bahawa beliau telah menyerahkan nombor pendaftaran yang mempunyai nilai tertinggi pernah dibida setakat ini iaitu ‘FF 1’ yang berharga RM1.2 juta.

Sumber: Straits Times, Sinar Harian, Blog, Majoriti

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.