in

5 Pelajar #SPM2017 Ini Buktikan Kepayahan Hidup Bukan Penghalang Untuk Berjaya

Page Spm2 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Keputusan SPM 2017 dah pun diumumkan pada pagi tadi. Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Dr Amin Senin, kata ada peningkatan dalam exam SPM tahun 2017 ni sama ada dekat dalam bandar atau luar bandar.


Pencapaian SPM yang paling tak dapat diupakan di Malaysia ialah Amalina Che Bakri yang berjaya dapat 17A. Dan tahun ni, ada lagi yang cipta nama dengan pencapaian dorang walaupun terpaksa hadapi cabaran tersendiri. Ini 5 pelajar #SPM2017 yang buktikan kepayahan hidup bukan penghalang untuk mereka berjaya:

 

1. Muhammad Zharif Mad Syukri, Anak penjual burger

Spm1
sumber: sinar harian

Anak penjual burger dari sekolah SMKA Baling ni berjaya dapat 11A dalam SPM 2017. Hebat giler! Mak ayah dia pun tak sangka anak sulung dorang boleh dapat result macam tu sampai menangis bila dengar nama anak dorang diumumkan dengan keputusan cemerlang tu. Cikgu dia pun semua tak sangka dengan pencapaian dia tau! Masa exam trial, Zharif dapat 5A je so dia pun hempas pulas belajar dan target 7A tapi tak sangka boleh dapat 11A.

 

2. Muhamad Amir Azizan, Anak pekerja kilang

Spm2
sumber: berita harian

Bekas pelajar SMKA Al Irshad ni pun dapat 11A dalam SPM dan mengaku banyak dapat bantuan daripada kawan-kawan dan sentiasa fokus masa cikgu mengajar dalam kelas. Tapi dia sendiri tak percaya dengan keputusan dia. Anak kepada pekerja kilang ni bagitau yang mak ayah dia tak pernah marah kalau dia tak belajar dan dapat keputusan tak bagus. Tapi dorang selalu kasi dia nasihat supaya tak lalai.

 

3. Sufiza Majid, Anak Orang Asli

Spm41
sumber: sinar harian

Sufiza merupakan antara student dalam kalangan masyarakat Orang Asli yang dapat keputusan 9A dalam SPM 2017. Calon dari SM Sains Tuanku Jaafar, Kuala Pilah ni bagitau yang dia memang praktikkan tidur malam pukul 11 dan bangun pukul 5 pagi untuk study. Dia kata masa ni lah badan dia segar dan tak ada apa-apa gangguan. Boleh cuba cara ni! Dia juga kongsi selalu bertanyakan soalan kepada guru dan ingatkan supaya tak lokek ilmu.

 

4. Raja Batrisyia Raja Muhammad Ariff, Berstatus OKU

Spm5
sumber: blog

Walaupun tidak diketahui latar belakang keluarganya, pelajar SMK Pasir Gudang, Johor ni berjaya dapat 10A walaupun berstatus OKU kerana menderita penyakit slipped disc. Dia juga kongsi susah bangun pagi sebab belakangnya akan sakit dan selalu lambat pergi sekolah kerana masalah ni. Dia yang dapat Anugerah Pelajar Cemerlang kategori kurang upaya tak pernah lihat sakit dia sebagai halangan nak belajar sungguh-sungguh.

 

5. Halimatun Saadiah Zainal, Anak juruteknik

Spm6
sumber: sinar harian

Mungkin sesetengah orang fikir yang kerja juruteknik bukanlah tergolong dalam kategori keluarga susah. Tetapi Halimatun yang dapat 9A ni ada cabaran tersendiri bila dia perlu jaga dan ambil alih tugas ibunya yang sakit saraf. Adik beradik Halimatun pun masih belajar lagi, so dia pernah decide nak kerja tapi tak jadi sebab nak jaga ibunya. Pelajar Sekolah Menengah Arab (Jaim) Al Ehya Al Karim kata berpuasa dan buat solat sunat adalah kunci nak berjaya.

Memang hebat dorang ni! Walaupun bukan datang dari keluarga yang berada, tapi dorang berjaya banggakan mak ayah dengan keputusan yang cemerlang. Dorang semua ni dah buktikan yang kekurangan dan kepayahan hidup bukanlah penghalang untuk berjaya dalam pelajaran.

Tahniah kepada semua pelajar SPM 2017….

Baca: Budak Lepasan SPM Confirm Dah Buat 5 Perkara Ni Sebelum Nak Masuk U

Spm7 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.