in

5 Orang Paling Kaya Dalam Sejarah, Bill Gates & Elon Musk Pun Jauh Ketinggalan!

Collage 38

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Setiap tahun, Forbes akan keluarkan senarai orang terkaya di dunia dan nama Bill Gates dan Elon Musk mesti ada termasuk dalam senarai. Tapi kalau kita kira inflasi, rupanya ada orang lain yang jauh lebih kaya dari dorang ni.


Bukan tu je, walaupun Bill Gates pernah menduduki carta teratas sebagai orang terkaya di dunia, ia masih belum boleh menandingi kekayaan orang-orang dalam senarai dekat bawah ni. Kalau korang nak tahu siapa orang paling kaya sepanjang masa, baca senarai dekat bawah ni!

5. Henry Ford (1863-1947)

Henry Ford Toolshero

US$200 bilion

Walaupun Henry Ford bukan pencipta pertama kereta, tapi dia telah menjadikan kereta sebagai satu bentuk kenderaan yang praktikal dan mampu untuk dipakai oleh orang biasa.

Tak cukup dengan itu, dia juga merupakan orang yang bertanggungjawab dalam pengeluaran kereta model ekonomi secara besar-besaran ketika abad ke-20 dan sekaligus menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara terkaya di dunia.

Jadi tak hairanlah kalau harta dia sendiri pun tujuh keturunan tak habis!

4. Cornelius Vanderbilt (1794-1877)

1Bjikax Pbweusfnt

US$202 bilion

Penduduk asal New York, Cornelius Vanderbilt telah membuat kekayaan di dalam industri kapal wap sebelum menceburkan diri dalam industri yang menjadikan dia sebagai orang keempat paling kaya dalam sejarah iaitu landasan kereta api.

Walaupun Cornelius merupakan seorang hartawan tapi dia bukan seorang dermawan. Mana tidaknya, 95% dari kekayaannya ini telah diberikan kepada seorang anak, William walaupun dia mempunyai seramai 13 orang anak. Peh!

3. Jakob Fugger (1459-1525)

Jakob Fugger.jpg

 US$227 bilion

Jakob merupakan orang paling tua dalam senarai ni. Dia boleh dikatakan antara orang kaya yang unik ketika zaman pra-Revolusi Industri. Ini kerana, pada zaman tersebut kebanyakan orang telah menjadi kaya kerana menjadi ketua negara tapi Jakob membuat kekayaan melalui perniagaannya.

Malah, kekayaannya juga telah didokumentasikan dengan agak tepat sehinggakan ia boleh digunakan sebagai perbandingan kepada orang-orang kaya berzaman-zaman selepasnya.

Dilahirkan di Jerman oleh keluarga kaya yang menjalankan perdagangan tekstil, Jakob telah menggunakan kekayaan keluarganya dengan membuat operasi perlombongan antarabangsa yang mendominasi Eropah dan Asia pada ketika itu.

2. Andrew Carnegie (1835-1919)

Carnegie1

US$337 bilion

Dilahirkan dalam keluarga yang miskin di Scotland sebelum berhijrah ke Amerika Syarikat, Andrew Carnegie telah membuat kekayaannya dengan menceburkan diri dalam industri besi.

Walaupun mempunyai harta yang sangat banyak sehingga menjadikan dia sebagai orang kedua terkaya dalam sejarah, apa yang membezakan Andrew dengan orang lain dalam senarai ini adalah lelaki ini terkenal dengan sifat dermawannya.

Dia telah memberikan 90 peratus dari keuntungannya kepada pelbagai kerja-kerja amal. Dalam salah satu artikel popular yang ditulis pada tahun 1889 bertajuk The Gospel of Wealth, Andrew telah mengatakan bahawa orang-orang kaya mempunyai tanggungjawab untuk menggunakan kekayaan mereka bagi membantu masyarakat dan bukannya menggunakannya untuk memberikan kepada waris mereka atau berbelanja besar.

Dia juga turut mengatakan bahawa orang-orang kaya perlu menggunakan harta mereka untuk membantu dari segi pendidikan, membina perpustakaan, memberikan dana kepada penyelidikan dan membuat institusi yang boleh memberikan manfaat kepada masyarakat. Dengan cara ini, Andrew percaya yang ia akan mengurangkan ketidakadilan dalam masyarakat.

Orang yang mati kaya, mati dalam kehinaan.”

1. John D. Rockefeller

John D Rockefeller 1930.Jpg

US$367 bilion

Hari ini, enam syarikat terbesar di dunia merupakan perniagaan petroleum dan industri minyak merupakan yang paling untung di dunia.

Apabila John D. Rockefeller membina kilang penapisan minyak pada tahun 1860-an, minyak masih belum menjadi benda paling penting di dunia. Tapi, apabila minyak mula naik, permintaan menjadi semakin banyak sehingga John telah mengawal hampir 90 peratus minyak di Amerika Syarikat.

Kerajaan Amerika Syarikat kemudiannya telah mengurangkan monopoli namun pada ketika itu, John telah pun bersara dan mendapat keuntungannya. Namun Rockefeller telah memberikan hampir kesemua kekayaannya kepada pendidikan serta kesenian dan sekaligus menjadikan dia orang paling dermawan dalam sejarah.

Klau ramai orang-orang kaya macam John dengan Andrew ni, kita pun dapat merasa kemewahan dorang…

Sumber: ati

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.