Mengidam sesuatu makanan ketika mengandung merupakan perkara yang normal bagi wanita mengandung. Tapi ada juga yang mengidam benda yang bukan makanan macam sabun, rambut atau pasir.
Korang mesti pernah dengar pasal benda-benda pelik yang orang mengandung mengidam kan? Tapi ada juga kes orang mengidam sampai memakan diri sendiri. Jadi, harini min nak compile kan beberapa kisah isteri mengidam benda bukan-bukan sampai tak masuk akal pun ada. Jom!
1. Mengidam nak tidur lokap
Baru-baru ni, ada seorang suami kongsikan yang isterinya mengidam nak tidur dalam lokap. Aduh yang kuban kuban je kau kak. Ekoran ini, suaminya terpaksa tebalkan muka untuk minta sendiri dekat polis bagi menunaikan hajat isterinya.
I saja nak cerita perangai wife i yang pregnant ni. Dia mengidam tido dalam lokap. Dengan segan silu I tanya polis kat satu balai ni pasal mengidam bini I. Yang kelakarnya polis tu bagi. Doakan wife I tenang tidur dalam lokap tu ok?”
Tak cukup dengan itu, lelaki ini juga turut berikan update keadaan isterinya selepas tidur lokap.
I dah ambik wife I pagi tadi, surprisingly dia happy je. Dia cakap polis belanja makan nasi goreng and jangan risau polis tu sediakan toto. Dia cakap seronok boleh tidur sini lagi nanti. Risau pulak. Pada bakal bapa, layankan je bini mengidam selagi logik ok?”
Hahaha nasib baiklah suami dia rajin nak melayan. Ha dah jangan mintak mengidam benda lain pulak lepas ni!
Sumber: Twitter
2. Mengidam nak rompak kedai emas
Hujung tahun lalu, seorang wanita hamil tujuh bulan telah didakwa atas pertuduhan cuba untuk merompak sebuah kedai emas.
Menurut Utusan, ibu kepada dua orang anak itu mengatakan dia cuba untuk merompak disebabkan perasaan mengidam untuk cuba buat sesuatu yang ekstrem.
Suspek mengandung anak ketiga dan berbuat demikian kerana naluri ingin mencuba melakukan sesuatu yang baru. Suspek bekerja sebagai pegawai sumber manusia di sebuah syarikat swasta di Melaka.”
Dilaporkan, wanita ini telah memakai jubah hitam dan pelitup muka dan berpura-pura untuk membeli barangan kemas sebelum mengacukan pisau kepada pekerja yang melayannya.
Namun percubaannya wanita ini untuk meninggalkan kedai tersebut dengan barang kemas tak berjaya apabila seorang lagi pekerja telah bertindak pantas menarik beg tersebut sebelum di bawa keluar.
Punyalah banyak benda ekstrem yang dia boleh buat, yang boleh masuk penjara jugak yang dipilihnya.
3. Mengidam Honda Jazz
Kejadian ini berlaku di negara jiran, Indonesia apabila seorang suami nekad mencuri sebuah kereta Honda Jazz ketika sedang makan bersama isterinya.
Dikatakan, isterinya ini dah lama mengidam untuk memiliki Honda Jazz, jadi apabila mereka sedang makan di sebuah warung, pemilik kereta Honda Jazz itu telah meninggalkan kunci keretanya di atas meja untuk pergi ke tandas.
Tanpa lengah, lelaki ini terus pergi mencuri kereta tersebut dan tinggalkan isterinya di restoran sebelum menelefon isterinya untuk berjumpa di satu lokasi.
Namun begitu, lelaki ini menegaskan bahawa isterinya tak tahu mengenai rancangan spontannya itu dan wanita ini turut terkejut dengan tindakan suaminya yang nekad mencuri kereta tersebut.
Lelaki ini kemudiannya berdepan dengan hukuman penjara sehingga lima tahun gara-gara perbuatannya.
Terlalu sayangkan isteri ke ni?
Sumber: mStar
4. Mengidam bau perfume ex
Cerita mengidam yang ni siap ada plot twist ya! Menerusi page IIUM Confessions, seorang suami menceritakan bahawa isterinya yang sedang mengandung telah mengidam bau perfume bekas kekasihnya.
Isteri aku punya gila dia masa mengandung dia mengidam minta nak bau ex boyfriend dia. Masa dia cakap aku ingat gurau rupa-rupanya betul serius.
“Aku cakap beritahu lah wangian jenama apa ex dia pakai biar aku cari. Isteri aku cakap dia tak tahu tapi still boleh ingat bau tu.
“Demi anak dalam perut tu aku beli macam-macam wangian masih jugak bukan bau yang isteri aku nak. Aku cakap jangan dilayan perasaan syaitan tu. Dah tak pasal merajuk tarik muka dengan aku.
“Last aku cakap kat isteri aku minta dia contact ex dia tu suruh pos perfume apa dia pakai. Aku malas nak panjang cerita.”
Namun begitu, pada akhirnya suami ini mendapat tahu bahawa isterinya telah pun terlanjur dengan bekas kekasihnya itu dan anak dalam kandungan tersebut bukan anaknya. Allahu…
Untuk status baby dalam kandungan, berat untuk aku beritahu yang status baby tersebut bukan darah daging aku. Terlalu kecewa bila aku ingatkan balik semasa aku tahu keputusan paternity dan DNA itu.”
Kesian, suami sampai sanggup tunaikan permintaan isteri tapi sebaliknya yang berlaku. Moga abang ni kuat dan dapat kebahagiaan yang lebih baik lagi lepas ni.
Sumber: IIUM Confessions
5. Mengidam bonceng kereta polis
Satu lagi kisah di Indonesia ialah seorang wanita hamil mengidam nak naik motosikal polis.
Kerana terlalu teringin untuk membonceng motosikal polis, wanita ini telah pergi sendiri ke balai polis untuk memberitahu mengenai hajatnya.
Tidak menghampakan, anggota polis trafik di balai tersebut bersetuju untuk membawa wanita tersebut berjalan-jalan di sekitar kawasan balai polis.
Nasib baiklah orang-orang sekeliling ni selalu faham kerenah mengidam perempuan mengandung ni kan?
Sumber: Kompas
Sebelum kita akhiri artikel ni, min nak belanja satu filem pendek arahan Junad M. Nor dan dilakonkan oleh Amerul Affendi dan Liyana Jasmay.
Filem ini mengisahkan tentang Sarah yang sedang mengandungkan anak pertamanya ini telah mengidamkan televisyen LED 60 inci dan meminta agar suaminya, Rashid menunaikan permintaannya. Tapi apa yang berlaku bila Rashid tak tunaikan permintaan Sarah? Ha… jemput tengok filem pendek NGIDAM ni.
Apa-apa pun, min memang salute husband husband yang sanggup tunaikan permintaan isteri walaupun kadang-kadang permintaan tersebut tak masuk akal. Tapi isteri pun janganlah sampai susahkan suami atau diri sendiri pulak!