in

5 Game Seram Ini Rupanya Diinspirasikan Daripada Kisah Sebenar, Ada Yang Korang Pernah Main Ke?

Game Seram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Rasanya ramai yang tahu terdapat banyak filem-filem atau drama di luar sana yang mengambil inspirasi daripada kisah sebenar, baik yang buruk atau sebaliknya. Contohnya, seperti filem Texas Chainsaw Massacre yang mengambil inspirasi daripada jenayah Ed Gein.


Rupanya, bukan sahaja filem atau drama yang mengambil inspirasi daripada kejadian sebenar tetapi permainan video atau game juga ada yang dihasilkan berdasarkan kisah-kisah sebenar yang berlaku di beberapa lokasi di dunia.

Meskipun ada yang tidak disahkan sama ada memang benar ia diinspirasikan daripada kisah benar, ada beberapa game yang sudah disahkan memang mengolah semula beberapa kisah seram atau bersejarah yang pernah terjadi suatu ketika dulu.

Jom, kita semak satu persatu!

1. Outlast

Rqxi57Qybkpire52Ibwdivxvucijjwalk01S2Hxxfubqixdacyukobabknzkao5T E1659851835222

First-person game ini menampilkan seorang wartawan yang cuba untuk menggali kisah di sebalik sebuah hospital psikiatri sebagai watak utama. Kalau korang pernah main atau pernah tengok gameplay Outlast ni di YouTube, korang mesti tahu game ini memang seram sebab banyak bermain dengan elemen rakaman menerusi kamera, kejar-mengejar dan jumpscares.

Tahukah korang Outlast ini sebenarnya terinspirasi daripada sebuah eksperimen CIA yang membabitkan teknik seksaan, terapi kejutan eletrik, hipnosis dan banyak lagi. Digelar Projek MK-Ultra, idea disebalik projek ini adalah untuk membangunkan dadah mengawal minda yang boleh dijadikan senjata kuat Amerika Syarikat. Menurut sumber, sekurang-kurangya satu orang telah meninggal dunia hasil ujikaji ini.

Top Secret

Bagaimanapun, Projek MK-Ultra telah dihapuskan pada tahun 1973.

Pada tahun 2013, siri Outlast mula dikeluarkan menerusi perisian komputer sebelum ia juga dikeluarkan dalam siri permainan video PlayStation dan Xbox (2014) dan Nintendo Switch pada tahun 2018.

2. Five Nights At Freddy’s

Five Nights Movie.0 E1659851978539

Pernah menjadi antara game telefon pintar sensasi suatu ketika dahulu, Five Nights at Freddy’s juga mengambil inspirasi daripada satu kejadian yang pernah berlaku di dunia nyata.

Difahamkan, game seram penuh jumpscares ini adalah berdasarkan satu kejadian berdarah di sebuah restoran Chuck E. Cheese di Colorado, Amerika Syarikat. Pada 14 Disember 1993, Nathan Dunlap, 19, telah menyerang lima orang pekerja restoran terbabit dengan menembak mereka. Empat daripadanya meninggal dunia manakala seorang lagi cedera parah.

140724174109 Nathan Dunlap Restricted E1659852185127

Hasil siasatan polis mendapati motif serangan Dunlap adalah kerana tidak berpuas hati gara-gara dipecat hanya lima bulan sebelum serangan terbabit. Dunlap disabitkan atas empat kesalahan membunuh darjah pertama, cubaan membunuh dan beberapa tuduhan lain dan dia kini bakal menghabiskan seluruh hidupnya di penjara.

3. Fatal Frame

Fatal Frame E1659852262297

Merupakan antara game seram klasik yang popular di PlayStation 2, Fatal Frame mengambil inspirasi daripada kisah legenda seram di negara asalnya, Jepun.

Tak seperti kebanyakan game seram dimana pemain perlu lari atau berlawan dengan hantu atau makhluk jahat, Fatal Frame memerlukan pemain untuk berdepan dengan hantu mengambil gambar mereka. Menurut kepercayaan, cara ini dikatakan dapat mengusir mereka.

Himuro 800X0 C Default

Menurut sumber, game debut Fatal Frame memaparkan kisah tentang Himuro Mansion yang difahamkan merupakan sebuah lokasi sebenar di Tokyo, Jepun. Menurut legenda, setiap 50 tahun, akan ada satu ritual yang dikenali sebagai The Strangling Ritual yang akan dijalankan di sini dimana ia membabitkan pengorbanan seorang perempuan yang sudah dipilih sejak lahir.

Difahamkan, setiap tangan dan kaki korban akan diikat pada kerbau sebelum ia ditarik sehingga putus. Tali yang dipenuhi darah korban pula akan digunakan untuk menutup sebuah portal yang dipercayai mengeluarkan nasib malang.

4. The Town of Light

Capsule 616X353 E1659852952435

Dibangunkan oleh sebuah studio Itali, LKA, The Town of Light mengambil inspirasi daripada kisah Ospedale Psichiatrico di Volterra yang masih wujud sehingga ke hari ini. Kalau korang nak tahu, watak utama game ini iaitu Renee juga difahamkan adalah berdasarkan kehidupan beberapa orang pesakit yang pernah tinggal di hospital psikiatri ini pada suatu ketika dahulu.

Hospital yang terletak di Tuscany ini beroperasi sekitar tahun 50an dan 60an mempunyai kapasiti sekitar 5,000 pesakit pada ketika itu yang merupakai pesakit mental. Ospedale Psichiatrico di Volterra memegang reputasi buruk kerana layanan yang diberikan kepada para pesakitnya selain menggunakan pelbagai cara seperti terapi kejutan eletrik dan ubat tanpa kawalan bagi ‘mengubati’ pesakitnya.

Photo1Jpg E1659853130768

Hospital ini bagaimanapun ditutup pada tahun 1978 dan kini ia dikenali dalam penduduk setempat sebagai ‘place of no return’ kerana kebanyakan pesakit yang dirawat di situ tidak pernah pulang ke rumah lagi.

5. Granny

Granny Download Free 1024X572 1 E1659853211250

Walaupun tidak disahkan, ada teori yang mengatakan game seram Granny sebenarnya diinspirasikan daripada seorang wanita warga emas yang merupakan seorang pembunuh bersiri.

Game yang boleh didapati di AppStore dan komputer ini menampilkan watak seorang nenek tua yang tinggal di dalam sebuah rumah. Pemain pula diberi masa lima hari untuk melarikan diri daripada rumah Granny tanpa menarik perhatian. Ada beberapa puzzle dan perangkap yang perlu diberi perhatian untuk korang lengkapkan permainan ini degan jayanya.

Granny Ripper Tamara Samsonova In Court Credit East2West News E1659853303331

Menurut teori, game seram Granny diinspirasikan daripada kisah Tamara Samsonova, 68, yang ditahan atas tuduhan membunuh seorang wanita berusia 78 tahun. Media tempatan melaporkan, Samsonova yang turut dikenali dengan nama ‘Granny Ripper’ ada menyimpan sebuah diari yang ditulis lengkap mengenai jenayah bunuh yang dilakukannya dalam tiga bahasa berbeza; Inggeris, Jerman dan Rusia.

Samsonova mendakwa dia telah membunuh seramai 10 orang ketika penahanannya pada tahun 2015 dan turut mengaku memakan sebahagian mangsanya.

Sumber: Game Rant, Gamers Decide, Looper, alphr,  California 18

Baca: Netizen Geleng Kepala Tengok Video Budak Minta Sedekah, Konfiden Jawab Nak Guna Untuk ‘Topup’ Game

Sedekah Ff E1659844555406

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.