Dalam dunia hiburan, pasti tidak akan terlepas daripada sebarang kontroversi untuk dijadikan bahan gosip.
Malah ada segelintir pihak yang suka nak ‘gali’ segala hal pasal artis tersebut, kalau kita lihat artis tempatan pun ada yang kena, inikan pula artis Hollywood yang ada ramai peminat dari seluruh dunia, sampai wujud satu konspirasi yang di luar minda kita.
Jadi, di sini min nak list kan antara spekulasi-spekulasi yang terjadi kepada selebriti-selebriti ini. Kadang-kadang nampak macam convincing dan boleh jadi masuk akal!
1. Avril Lavigne dah lama mati
Rasanya konspirasi ini sangat terkenal hingga ia tersebar ke Malaysia. Ada yang mengatakan Avril Lavigne yang sebenar sudah lama meninggal dunia pada tahun 2003. Dikatakan Avril yang kita nampak sampai ke hari ini adalah wanita pelanduk dua serupa yang dinamakan Melissa Vandella.
Album berjudul Let Go dilancarkan pada tahun 2002 dan ia mendapat habuan memberangsangkan. Disebabkan itu, dia kerap diekori oleh paparazzi, wartawan dan membuatkan privasi terganggu dan ia menyebabkan Avril tertekan.
Disebabkan itu, pihak pengurusan Avril upah Melissa Vandella untuk menyamar jadi Avril supaya Avril dapat lari dari paparazzi dan media. Disebabkan itu, Avril dan Melissa berkawan baik sehinggakan Avril mengajar Melissa tiru gayanya bulat-bulat untuk berdepan dengan pihak media.
Pada tahun 2003, datuk Avril meninggal dunia dan pemergian orang paling disayangi itu menyebabkan Avril rasa tertekan dan menyendiri di biliknya sebelum kononnya dikatakan telah membunuh diri.
Namun, memandangkan nama Avril sedang berada di kemuncak, pihak pengurusan rahsiakannya kerana populariti Avril memberikan keuntungan lumayan untuk album akan datang, jadi mereka gunakan Melissa sebagai Avril Lavigne palsu sehingga kini.
Konspirasi timbul apabila peminat mengesan perubahan ketara pada Avril, berbeza dari fesyen, keperibadian, gaya penulisan dan termasuklah paras rupa. Bagaimapun Avril dah perjelaskan bahawa semua konspirasi ini adalah palsu.
2. Beyonce tipu umur
Pada tahun 2013, ada khabar angin mengatakan bahawa Beyonce telah menipu umurnya, umumnya sedia maklum bahawa Beyonce yang lahir pada 4 September 1981 kini berumur 41 tahun, tetapi dalam teori konspirasi ini, Beyonce kononnya lebih tua daripada umurnya kini.
Beyonce dikatakan lahir pada tahun 1974, adiknya Solange Knowles dikatakan sebenarnya adalah anaknya, malah ibunya Tina Lawson sebenarnya adalah kakak kepada Beyonce.
Perkara itu mula dapat perhatian apabila ada seorang wanita yang lahir pada tahun 1972 mendakwa bahawa dia berkawan dengan Beyonce sejak remaja. Malah sebelum ini tular kononnya ada sijil lahir yang terpampang nama Beyonce Giselle Knowles lahir pada tahun 1974.
Selain itu, pernah juga digemparkan bahawa penyanyi yang terkenal dengan lagu yang berjudul Crazy In Love itu palsukan kehamilannya. Bagaimanapun ianya ditepis setelah Beyonce tampil menunjukkan bukti, konspirasi tersebut timbul selepas Beyonce menghadiri ke sebuiah temuduga dan melihat perutnya berlipat.
3. Michael Jackson belum mati
Dah 13 tahun kematian King of Pop, Michael Jackson meninggal dunia, namun begitu banyak konspirasi mengatakan bahawa penyanyi lagu Beat It ini dikatakan memalsukan kematiannya sebab nak cuci tangan daripada dunia industri hiburan.
Ini kerana MJ membawa pengaruh kuat kepada industri tersebut sampaikan dirinya sentiasa diekori oleh ramai orang. Terlalu banyak konspirasi mengenai kes ini, tapi antaranya ada orang ternampak MJ ingin merentas sempadan dari California ke Mexico selepas kematiannya.
Dalam pada itu, banyak gambar yang mendakwa penyanyi lagenda itu masih hidup. Bagaimanapun, ia ditepis oleh pihak tertentu kerana ia adalah orang lain. Ya lah sekarang ni ramai yang ikut gaya MJ kan, ada yang boleh buat suara dia, ada yang ikut gaya pakaian dan ramai juga dah boleh menari macam ni.
Betul atau tidak? Entahlah, hanya orang terdekat dia je yang tau.
4. Adele dan Sam Smith adalah orang yang sama
Konspirasi mula timbul apabila ada video yang dibuat oleh peminat mengenai suara mereka. Dekat suara Adele, key direndahkan dan suaranya memang mirip Sam Smith malah dekat suara Sam Smith pula, key ditinggikan jadi suara Adele, mereka berdua berasal dari tempat yang sama, UK.
Malah teori mengatakan mereka adalah orang yang sama jadi makin kuat lagi apabila mereka tidak pernah melihat Adele dan Sam Smith bersemuka dalam sesebuah acara.
Sumber : The Vocket, Wionews, Wonderwall