in

4 Anggota Polis Ditahan ‘Berparti Liar’ Dalam Balai Bersama Ketum Akan Dikenakan Tindakan Disiplin

Collage 54

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Seorang Ketua Balai Polis (OCS) dan tiga anggotanya yang ditahan ketika sedang berhibur di dalam sebuah bilik khas di balai polis Bangi pada Julai lalu tidak akan didakwa atas tuduhan jenayah.


Menurut Ketua Polis Selangor Datuk Arjunaidi Mohamed, empat pegawai polis ini sebaliknya akan dikenakan tindakan disiplin, lapor Malaysiakini.

Pengarah Jabatan Intergriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman Datuk Azri Ahmad memberitahu bahawa keputusan untuk tidak mendakwa  empat anggota polis atas tuduhan jenayah ini dibuat sendiri oleh timbalan pendakwa raya.

New Led Par Disco Laser Untuk Disko Bola 6 Warna Sihir Bola Lampu Pesta Natal Proyektor

Tiada dakwaan jenayah. Tetapi mereka dikenakan tindakan tatatertib, siasatan sedang dijalankan oleh Bukit Aman.”

Sebelum ini, serbuan yang dibuat oleh JIPS telah menangkap empat anggota polis bersama empat “rakan wanita” mereka ketika sedang asyik berkaraoke dan menari sambil menikmati minuman beralkohol dan ketum di sebuah bilik yang dihiaskan dengan lampu disko di balai polis Bangi.

Selain anggota polis terlibat ini telah melanggar SOP Covid-19 pada ketika itu, ketua balai berpangkat sub inspektor itu juga turut digantung kerja selepas didapati positif dadah jenis ganja.

Namun, ujian air kencing kali kedua dibuat ke atas sub inspektor tersebut didapati negatif.

Saya dimaklumkan ujian air kencing kali kedua yang dijalankan untuk pengesahan pakar patologi mendapati (pegawai itu) negatif penyalahgunaan dadah.

“Mereka juga telah dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard Covid-19.”

Dua lagi pegawai polis yang ditahan pula merupakan koperal dan seorang lagi koperal sokongan beserta empat wanita orang awam berusia 21 hingga 37 tahun.

 

Baca: “Siap pasang lampu mcm disko” – 8 Ditahan Termasuk Ketua Balai, Berparti Liar Dalam Bilik Gelap di Balai Polis

Screenshot 2021 10 28 At 4.45.34 Pm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.