in

4 Anggota Polis & 2 Asisten Superitendan Bawa Lari RM1.6 Juta Milik Warga China Ketika Serbuan

Feat3 9

Empat anggota polis dan dua pegawai kanan berpangkat Superintendan ditahan selepas melarikan wang tunai berjumlah RM1.6 juta milik warga China, lapor Harian Metro.

Menurut sumber, wang tersebut dilarikan ketika mereka melakukan serbuan di sebuah rumah di Jinjang pada 12 November lepas. Kegiatan mereka akhirnya diketahui selepas pasukan daripada Bahagian Siasatan Jenayah Komersial dari salah satu Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di ibu kota mendapat maklumat berkaitan kes penipuan sebelum serbuan di premis berkenan dilakukan.

Ketika serbuan dilakukan pasukan polis itu menemui wang tunai sebelum merampasnya daripada warga China terbabit. Mereka melakukannya seperti serbuan biasa namun rampasan wang tunai RM1.6 juta itu tidak dilaporkan.”

Duit2

Malah, warga China terbabit juga tidak ditahan dan pasukan polis terbabit dipercayai melarikan wang tunai milik mangsa.”

Sumber itu turut berkata, warga China itu membuat laporan polis Selasa lalu selepas tidak berpuas hati dan mula mengesyaki sesuatu. Susulan lapran polis dibuat oleh mangsa, operasi khas dilakukan untuk menahan anggota dan pegawai terbabit.

Operasi itu dilakukan oleh satu pasukan khas dari Cawangan Jenayah Berat (D9), Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur.

Beberapa siri serbuan dilakukan, polis berjaya menahan seorang pegawai kanan berpangkat Asisten Superintendan dipercayai ketua serbuan berkenaan dan beberapa anggota lain-lain pangkat.”

Ditahan1

Polis juga menemui sebahagian wang tunai yang dilarikan pegawai dan anggota berkenaan di rumah masing-masing. Namun, jumlah penemuan semula wang yang dilarikan itu dilaporkan hanya RM500,000.”

Pihak polis kini dilaporkan sedang giat mengesan saki-baki wang tunai dilarikan kumpulan polis itu dan kesemua mereka ditahan bagi membantu siasatan sementara siasatan lanjut dijalankan.

Baca: “Kalau nak cepat, belanja minum sikit” – [VIDEO] Polis Trafik Dirakam Cuba Minta Duit ‘Under Table’ Lepas Suruh Berhenti Tepi

Feat00