in

“30 trak akan digunakan” – Kerajaan Bakal Laksana Pemberian Vaksin Guna Trak Bergerak, Mula di KL

Ft Trakvaksin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selepas mengadakan perbincangan lanjut bersama Menteri Wilayah Persekutuan Tan Sri Annuar Musa, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengumumkan kerajaan bersetuju untuk melaksanakan program Trak Vaksin Bergerak.


Projek perintis trak bergerak untuk pemberian vaksin dijangka akan diaktifkan ke lokasi terpilih di Kuala Lumpur, lapor Kosmo. Antara kawasan yang bakal ditumpukan adalah kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan tapak pembinaan yang dibenarkan beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh bermula esok.

“Hari ini saya telah berbincang dengan Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa mengenai penggunaan trak bergerak vaksinasi di kawasan tertentu di Kuala Lumpur yang menjadi kawasan penularan wabak Covid-19.”

“Sebanyak 30 trak bakal digunakan dengan menyasar 100 vaksinasi bagi setiap trak.”

Suntik2

Difahamkan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba turut dilaporkan hadir ke sidang media berkenaan. Menurut MalaysiaGazette, Khairy berkata pihaknya menyasarkan kira-kira 100 dos pemberian vaksin sehari dan kerajaan akan memutuskan sama ada program Trak Vaksin Bergerak itu akan diperluaskan kepada skala yang lebih besar.

Untuk rekod, setakat semalam sebanyak 2,913,009 dos telah diberikan.

Baca: “Dibuka secara berperingkat” -Kerajaan Selangor Setuju Buka Pusat Pemberian Vaksin Besar-Besaran Jun Ini

Fi Vaksin 3

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.