30 Doktor, Jururawat Beratur Tepi Katil Nak Bagi CPR Dekat Pesakit

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:



Memang dramatik betul! Tapi kegigihan doktor-doktor dan jururawat ni memang wajar dipuji!

Menurut mStar, sepasukan kakitangan perubatan di timur China telah berjaya selamatkan seorang kanak-kanak lelaki daripada meninggal dunia dengan melakukan bantuan pernafasan (CPR) terhadapnya selama 5 jam berturut-turut! Wah!

Sumber: Daily Mail

Kanak-kanak tersebut, Xiao Yu, 8, dimasukkan ke sebuah hospital di Changzhou, Wilayah Jiangsu, kerana mengalami kegagalan jantung akut. Memandangkan keadaan Xiao sering merosot, doktor-doktor yang merawatnya decide nak transfer dia ke Shanghai kerana peralatan di sana lebih lengkap dan canggih.

Sumber: Daily Mail

Walau bagaimanapun, tekanan darah Xiao menurun secara tiba-tiba dan jantung berhenti berdegup sementara tunggu untuk dipindahkan pada minggu lalu.

Sumber: Daily Mail

Keesokan harinya juga, kadar denyutan jantungnya masih tidak teratur dan keadaan semakin merosot sehinggakan kakitangan hospital menghububngi doktor di Shanghai bagi mengatur rawatan “oksigenasimembran extracorporeal” (ECMO) untuk selamatkan Xiao.

Sementara menunggu ambulans dari Shanghai tiba, keadaan Yu merosot sehingga pernafasannya dan jantung terhenti serta tekanan darah menurun ke tahap di mana doktor tak dapat bacaan.

Sumber: Daily Mail

Hampir 30 doktor dan jururawat segera dipanggil ke bilik hospital. Mereka beratur untuk ambil giliran pam jantung kanak-kanak tersebut. Kerjasama doktor dan jururawat melakukan lebih 30,000 tekanan di dada Xiao adalah untuk pastikan darah terus mengalir ke otaknya.

Sumber: Daily Mail

Dr. Li Yamin yang turut bersama dalam situasi tegang tu percaya mereka melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan pesakit mereka.

“Kami melakukan segala yang boleh untuk menyelamatkan budak itu kerana ia akan menjadi satu penyesalan jika kami berputus asa.

“Kami berharap dia cepat pulih.”

Sumber: Daily Mail

Sementara itu, jurucakap Hospital Changzhou mengesahkan Xiao kini menerima rawatan di Hospital Universiti Kanak-kanak Fudan di Shanghai.

Fuh! Memang bersungguh cuba selamatkan budak tu.

Baca: Jururawat Kejam Tarik Rambut Pesakit Tua di ICU

Rocket WOBIkuti kami untuk berita viral setiap hari:

Ditulis oleh Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.