in

3 Produk Paling Power Untuk Korang Yang Ada Kucing

Vakum Xiaomi Robot

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pencarian di internet untuk ‘pembersih bulu kucing’ semakin banyak lebih-lebih lagi menjelang musim luruh. Biasanya, bulu kucing akan mula berkurangan pada waktu ini, lebih-lebih lagi yang ada darah oversea ni sebab bersedia untuk musim panas.



Biasanya jugak, waktu inilah akan muncul macam-macam jenis produk untuk menyelesaikan masalah keguguran bulu ini. Jadi, peralatan atau produk mana yang berkesan atasi masalah bulu kucing yang gugur ni?

Sebuah kaji selidik dijalankan keatas 1,000 pemilik kucing, 51% daripadanya telah syorkan penggunakan robot vakum.

Roidmi

Berdasarkan kaji selidik tersebut dan raking penjualan di laman web terkemuka antara fungsi yang disyorkan adalah, robot vakum yang mampu menyedut bulu dengan cepat selain ada fungsi mengosongkan ‘kotoran’ yang disedut secara automatik.

Ini adalah 3 robot penyedut bulu haiwan yang disarankan ramai :

1. Xiaomi ROIDMI Eve Plus

Harga jualan: RM1588

 

2 2 2

Seperti produk Xiaomi yang lain, robot penyedut habuk ini menawarkan pelbagai fungsi yang hebat pada harga yang mampu milik. Antara yang menjadi perhatian ramai pengguna adalah ia boleh mensterilkan bulu dan lain-lain kotoran di ‘stesyen’ penggumpulan untuk memastikan rumah sentiasa bersih.

Kuasa sedutan 2,700pa merupakan antara yang tertinggi terdapat pada robot vakum sebegini selain dilengkapi berus berbentuk-V yang boleh dilaraskan mengikut permukaan lantai. Ia juga mampu menyedut bulu yang dah berpintal dalam permaidani.

 

2Cm

Fungsi auto-dust : Selain boleh menyimpan habuk dan bulu secara automatik, saiznya yang besar mampu menyimpan bulu dan kotoran yang terkumpul untuk 2 bulan!

Fungi sterilization dan deodorization : Fungsi ini mampu menyahkan kuman, kutu, kulapuk serta bakteria yang selalu melekat pada bulu kucing, dan fungsi ini membolehkan segala kotoran disimpan di stesyen pengumpulan lebih lama tanpa perlu hiraukan bau atau pembentukan bakteria.

Fungsi lain : Tetapkan jadual pembersihan, tetapkan kawasan pembersihan, boleh dikawal secara jauh, smart planning, multi-floor maps dan lain-lain.

 

2. iRobot Roomba i7+

Harga jualan: RM4750

Irobot Roomba I7Plus

i7+ merupakan ‘star dalam rangkaian produk iRobot Roomba, selain harganya yang ‘menawan’ pastinya ia juga mempunyai rekabentuk serta disertakan dengan fungsi-fungsi yang sangat menarik.

Pembersihan ketika pemilik keluar : Ini merupakan salah satu fungsi unik yang mana robot vakum ini boleh mengesan kehadiran pemilik. Pembersihan hanya akan dilakukan sekiranya tiada kehadiran masusia dan sebagainya. Jadi, tak ada lah tiba-tiba ada robot ni muncul ketika kita tengah zoom meeting dan sebagainya.

 

3. ECOVACS Deebot T8 AIVI

Harga Jualan : RM1999

Ecovacs

T8 AIVI ini dilengkapi dengan tangki 2 liter dengan fungsi mengemop lantai yang berlainan. Fungsi sentalan pada vakum ini sangat disyorkan kepada pemilik haiwan kesayangan. Ia mampu membersihkan segala kotoran degil selain boleh membersihkan bulu yang gugur.

Ianya sangat disyorkan sekiranya anda mencari robot yang boleh mengemop lantai. Selain dilengkapi dengan fungsi sentalan yang boleh menyental lantai sebanyak 480 kali seminit!

 

 

 

Sumber: Roidmi
Sumber: Roidmi
Sumber: Roidmi
Sumber: Ecovacs

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.