Hari ini, pendakwah kontroversi, Ebit Irawan bin Ibrahim Lew atau lebih dikenali sebagai Ebit Lew menerusi laman sosial miliknya memberitahu dia telah menang kes saman terhadap Dita Restu atau lebih dikenali sebagai Mondy.
Menurut hantarannya itu, pempengaruh dari Indonesia itu diminta membayar RM 20,000 kepada pendakwah selebriti tersebut.
Artikel berkaitan: “Pihak sana kena bayar berjumlah” – Caprice Menang Kes Injuksi Interim Ebit Lew
Artikel berkaitan: Cemar Reputasi Ebit Lew, Mahkamah Arahkan Caprice & Mondy Padam Video Podcast
“Alhamdulillah syukur pada Allah saya menang saman pada Mondy atau Dita Restu dan beliau diminta membayar Rm20 ribu pada saya yang diputuskan Mahkamah Seksyen Shah Alam.
Saman saya kepada Caprice yang menyiarkan podcast itu akan berlangsung pada Mei 2025 ini insyaAllah setelah menunggu setahun,” tulisnya.
Dalam hantaran itu, Ebit turut berkongsi tangkap layar writ saman yang dikeluarkan Mahkamah Sesyen Shah Alam.
Selepas hantaran itu dimuat naik, Caprice menerusi Instagram miliknya menjelaskan mengapa pendakwah itu menang kes saman tersebut.
View this post on Instagram
“Sebab orang tu tak pernah make appearance or hadir = automatic ‘win’. Dah 3 kali kot Cap post comment. Admin tengah rajin delete comment kot?
Tak apa guys, semalam member kalah, dia pun nak rasa dia ‘menang’ so kita kasi lah dia happy skit. Weekend ni kita cover kes Tenom. InsyaAllah,” tulis Caprice.
Menurutnya, kes saman itu dimenangi oleh Ebit Lew kerana Mondy tidak hadir ke mahkamah apabila dipanggil dan disebabkan itu mahkamah berpihak kepada Ebit Lew.
Sebelum ini, Mondy membuat laporan polis berhubung gangguan seksual ke atas dirinya oleh pendakwah terbabit, namun Ebit juga membuat laporan polis berkaitan dakwaan fitnah terhadapnya serta satu lagi laporan penafian kes gangguan seksual.
Sumber: Instagram, Facebook, Harian Metro