Pernah tak korang dengar pemilik keris tidak boleh meletakkan keris merata-rata kerana senjata itu jika dilangkah boleh ditimpa musibah?
Terdapat banyak pantang larang jika kita menggunakan barangan antik atau perkakasan tradisional, lebih-lebih lagi jika ia merupakan barangan turun-temurun. Walaupun kadangkala ia ibarat tidak dapat diterima dek akal, tetapi kita masih perlu menghormatinya.
Rabu lalu, terdapat sebuah berita di mana seramai 25 orang pelajar perempuan di sebuah sekolah yang terletak di Kepala Batas, Pulau Pinang didakwa terkena histeria.
Menurut laporan Astro AWANI, insiden tersebut berlaku sekitar jam 11.40 pagi di mana seorang pelajar tiba-tiba meracau dan menjerit selepas dikatakan ternampak lembaga hitam di bahagian siling kelasnya.
Keadaan bertukar menjadi hura-hara apabila kekacuan itu ‘merebak’ ke kelas sebelah dan menyebabkan beberapa orang lagi berteriak dan meracau sehingga proses pembelajaran terpaksa dihentikan.
Difahamkan, waris salah seorang pelajar tersebut dan beberapa orang lagi terpaksa mengambil anak mereka lebih awal susulan kejadian mistik itu.
“Ada anak beritahu ada kejadian histeria di sekolah semalam, ramai juga yang kena histeria itu, pihak sekolah beritahu ibu bapa supaya datang ambil anak pulang awal semalam dalam pukul 12.30 tengah hari.
Terkejut juga bila dimaklumkan kejadian tersebut… ramai ibu bapa datang ambil anak semua, tak tahu apa puncanya berlaku histeria, tapi hari ini keadaan sudah seperti biasa,” katanya.
Berpunca dari alat muzik lama?
Seorang pekerja di sekolah itu yang tidak mahu dirinya dikenali memberitahu ia berkemungkinan berpunca daripada beberapa alat muzik lama yang dibawa keluar oleh pihak sekolah selepas disimpan lama di sekolah tersbeut.
Pun begitu, selepas bacaan Yasin dan laungan azan dilakukan, keadaan sekolah itu menjadi tenang seperti sedia kala.
Meremang bulu roma!
Baca: Pengantin Wanita Pengsan Lepas Histeria, MUA Terpaksa Solekkan Masa Tengah Tidur