Masyarakat kini lebih senang untuk menggunakan media sosial bagi mendapatkan sesuatu maklumat terutamanya mengenai kesihatan dan perubatan tanpa mengetahui kesahihan dan kebenaran disebalik info yang mereka perolehi.
Oleh itu, adalah penting untuk kita mendapatkan maklumat yang betul daripada doktor atau pakar perubatan yang bertauliah bagi mengelakkan salah maklumat. Jadi di sini kami senaraikan 20 doktor perubatan yang anda patut follow di Facebook yang telah dikongsikan oleh Mohd Fadhli Mohd Fauzi di akaun Facebook miliknya.
Dr. Hana merupakan seorang pakar bius yang sering berkongsi ilmu dan pengalamannya sendiri di dewan bedah, ICU serta panduan penjagaan pesakit selepas pembedahan. Bukan itu sahaja, beliau juga akan memaklumkan kepada pembaca mengenai produk-produk tipu yang ada dijual di pasaran.
Dr. Nurilyani juga merupakan seorang doktor bius dan pernah menulis tentang perubatan berkaitan bius yand diperbuat daripada ekstrak tumbuhan. Beliau juga akan memberi amaran kepada pembaca mengenai produk supplement, jamu, ubat tradisional yang mengandungi bahan larangan.
Dr. Rafidah merupakan pakar buah pinggang yang memang lantang dalam mendedahkan produk tipu yang akan memberikan kesan buruk kepada buah pinggang anda. Selain itu, beliau akan berkongsi tips yang boleh diikuti jika anda tidak mahu buah pinggang menjadi rosak!
Dr. Mahyuddin merupakan doktor pakar ortopedik yang banyak menerima undangan di televisyen untuk berkongsi ilmu perubatannya. Beliau sentiasa memuat naik entri berkenaan ortopedik serta perkongsian lain yang boleh dijadikan manfaat kepada pembaca.
Prof. Dr. Imelda merupakan doktor pakar sakit puan yang pernah terlibat dalam bidang kesihatan awam. Beliau sering memuat naik info-info ringkas sesuai buat pembaca yang terlalu sibuk untuk scroll Facebook mereka. Bukan itu sahaja, beliau juga akan berkongsi tips, petua serta ilmu perubatan yang perlu kita tahu.
Dr. Suhazeli merupakan doktor pakar perubatan keluarga di klinik kesihatan. Beliau sering memuat naik hal berkaitan perubatan dan kesihatan serta aktif dalam menjawab hal-hal perubatan termasuklah isu berkenaan salah faham medikal dari sudut agama Islam. Penerangan beliau juga ringkas dan mudah difahami.
Dr. Sakinah merupakan pakar perubatan keluarga yang tak lokek berkongsi pengalamannya dengan pesakit serta ilmunya dalam dunia perubatan. Beliau juga ada memuat naik idea masakan yang berkhasiat dan simple bagi pembaca. Beliau juga akan membetulkan mitos yang ada supaya tiada lagi yang akan tertipu dengan peniaga.
8. Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir
Dr. Abdul Rahman juga merupakan antara doktor pakar kecemasan yang lantang di Facebook. Selain sering memuat naik entri mengenai kesihatan dan perubatan, beliau juga sering back up pengamal perubatan yang sering disalah faham dan diselar oleh individu yang menyampaikan fitnah.
Dr. Rusyainie merupakan doktor askar yang lantang menulis dan mendedahkan produk-produk makanan tambahan yang menipu pesakit demi mengaut keuntungan. Beliau juga akan membetulkan mitos-mitos perubatan dengan ilmu yang ada supaya pembaca lebih terbuka minda dan tidak mudah percaya dengan maklumat yang salah.
10. Dr. Azlindarita Aisyah Mohd Abdullah
Dr. Azlindarita merupakan seorang doktor mata dan sering memuat naik video di Facebook berkenaan kesihatan mata. Penerangan beliau di dalam video tersebut ringkas dan mudah difahami. Bukan itu sahaja, beliau juga akan berkongsi mengenai pengalamannya dalam bidang perubatan serta kata-kata nasihat buat pembaca.
11. Dr. Iqbal Rosali
Dr. Iqbal merupakan seorang doktor gigi yang sering berkongsi ilmu dan tips berkenaan kesihatan gigi. Beliau juga kerap kali menceritakan pengalamannya dengan pesakit supaya menjadi pengajaran buat pembaca. Beliau juga akan memuat naik peringatan kepada pembaca supaya mengambil berat dengan penjagaan oral.
Dr. Ahmad Zakimi merupakan seorang doktor yang sedang menuju untuk menjadi pakar kecemasan dan sering berkongsi ilmu perubatannya kepada pembaca. Beliau juga turut menceritakan pengalamannya menjadi seorang doktor yang boleh dijadikan pengajaran.
13. Dr. Amirul Amzar
Dr. Amirul merupakan seorang doktor yang sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kepakaran perubatan keluarga. Beliau juga antara doktor yang tidak gentar dalam mendedahkan produk-produk tipu demi kebaikan pembaca. Entri beliau memang padat dengan fakta dan info yang senang difahami.
14. Dr. Afiq Rahim
Dr. Afiq sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang kesihatan awam. Beliau sering memuat naik entri berkenaan kesihatan dan perubatan yang ditulis berdasarkan fakta dan kajian yang diterbitkan di dalam jurnal. Selain itu, beliau juga rajin berkongsi info dan maklumat ringkas yang mudah difahami pembaca.
15. Dr. Erna Nadia
Dr. Erna juga merupakan antara doktor di dalam senarai yang lantang dalam mendedahkan produk-produk tipu yang ada di pasaran sekarang. Bukan itu sahaja, beliau juga sering menaikkan entri ringkas mengenai kesihatan dan perubatan yang bermanfaat untuk pembaca.
16. Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Dr. Kamarul merupakan seorang pegawai perubatan di Hospital Sultan Ismail, Johor Bahru. Beliau bukan setakat memuat naik entri tentang isu kesihatan dan perubatan, tetapi turut berkongsi kisah lain dan pandangan beliau mengenai isu semasa. Selain itu, beliau juga merupakan antara barisan doktor di sebalik Medical Mythbusters Malaysia.
Dr. Ahmad ialah seorang pegawai perubatan yang juga merupakan pengasas Medical Mythbusters Malaysia. Selain memuat naik entri perubatan dan kesihatan serta tips yang boleh dijadikan pengajaran, beliau juga senang berkongsikan hal sehariannya di laman Facebook miliknya.
18. Dr. Khairul Hafidz Alkhair
Dr. Khairul merupakan seorang doktor yang meminjamkan kepakarannya di Kementerian Kesihatan Malaysia. Beliau juga merupakan pengasas Medtweetmy yang juga patut anda follow kerana info kesihatan dan perubatan yang padat dan ringkas sentiasa dikongsi beliau.
Mohd Fadhli sedang menyambung pengajiannya dalam bidang kesihatan awam. Beliau juga sering memuat naik entri berkenaan perubatan dan hal lain seperti tentang hartanah. Penerangan beliau di Facebook adalah ringkas dan mudah difahami pembaca.
20. Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah
Datuk Dr. Noor Hisham merupakan Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia yang rajin dalam memuat naik dan mengemas kini isu terkini berkaitan perubatan dan kesihatan di laman Facebook miliknya serta hal-hal berkaitan dunia perubatan di Malaysia buat tatapan pembaca.
Perkongsian ilmiah doktor-doktor ini haruslah dijadikan pengajaran buat kita semua supaya tiada lagi salah faham mengenai perubatan moden serta mengelakkan kita daripada mempercayai produk-produk kesihatan di pasaran yang membawa kemudaratan kepada kesihatan kita.
Cepat follow!
Baca: Doktor Tidak Putus Asa Berjaya Selamatkan Pesakit Selepas 2 Jam Berikan Bantuan CPR