in

2 Wanita Kantoi Menyamar Jadi Warga Emas Sebab Nak Potong ‘Queue’ Suntikan Vaksin

Ft Kantoivaksin

Ini pentingkan diri namanya. Dua wanita dari Florida cuba menipu pihak berkuasa dengan penyamaran mereka namun usaha mereka tidak berhasil.

Menurut Jabatan Kesihatan Florida di Daerah Orange, dua wanita berusia 34 dan 44 tahun cuba menyamar sebagai warga emas dengan berpakaian seperti ‘nenek’ baru-baru ini. Kedua-dua mereka telah datang ke pusat vaksinasi di daerah tersebut pada Khamis lepas berpakaian seperti warga emas berusia lebih 65 tahun demi untuk mendapat suntikan vaksin dengan cepat (warga emas didahulukan).

Kantoi1

Berdasarkan laporan tempatan, Dr Raul Pino, ketua bahagian kesihatan daerah tersebut berkata tindakan dua wanita tersebut berjaya dihidu pihaknya selepas salah seorang pekerja menyedari mereka ‘nampak kelakar’.

Ketika itu, dua wanita tidak didedahkan identiti terbabit memakai sarung tangan, cermin mata, pelitup muka dan salah seorang memakai topi ‘ala-ala nenek’. Selepas berasa curiga, pekerja terus memerika dokumen mereka dan mendapati meskipun nama mereka sepadan dengan pendaftaran yang telah dibuat namun umur serta penampilan tidak.

Lebih pelik, mereka berdua mempunyai kad vaksin yang sah daripada suntikan pertama dan pihak berkuasa sendiri tidak dapat mengesahkan bagaimana mereka berjaya mendapatkannya. Namun, mereka dipercayai berjaya ‘menipu’ staf vaksinasi dengan penyamaran sebelum ini.

Dr Paul
dr raul pino

Selepas tindakan mereka kantoi, rakaman melalui kamera yang berada di badan pegawai polis tersebar luas dan menjadi tontonan orang awam. Pegawai polis itu didengari berkata,

Kamu tahu apa yang telah kamu lakukan? Kamu telah mencuri vaksin (suntikan pertama) dari seseorang yang lebih memerlukan. Dan sekarang kamu tidak akan diberikan suntikan kedua. Jadi semua ini hanya membazir masa.”

Jika kamu ke sini (berpakaian sebegitu) lagi, kamu berdua akan ditangkap. Kamu beruntung kali ini kamu dibebaskan.”

Pihak berkuasa dilaporkan telah mengeluarkan amaran namun tiada tindakan lain diambil terhadap dua wanita tersebut. Dr Pinto turut memberi peringatan (kepada staf) bahawa tindakan cubaan penyamaran sebegitu bagi mendapatkan suntikan vaksin Covid-19 mungkin akan berlaku dengan lebih kerap selepas ini.

Di sini adalah tempat kemudahan (vaksinasi) paling mendapat tumpuan sekarang. Kita perlu berhati-hati dengan dana dan sumber yang kita sediakan (kepada orang awam).”

 

Baca: “Boleh terus emel kepada saya” – Netizen Dakwa Ramai ‘VVIP’ Potong Giliran Untuk Vaksin, Ini Respon KJ

Vaksin Kj

Sumber: ABC News