in

“2, 3 & 4 paling tersakiti” – Netizen Pertikai Kenyataan Wanita Ini Tentang Poligami

Poligami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Poligami adalah sesuatu yang dibenarkan dalam agama Islam namun ianya menjadi sesuatu yang amat sering dibahaskan.


Terbaru, sebuah video wawancara telah tular di Twitter yang memaparkan seorang wanita berkongsikan pengalamannya menjadi isteri ke-4 dan mengapa dia memilih untuk berkahwin dengan suami orang.

“Suami yang saya mahukan adalah suami yang berilmu, suami yang faham akan hukum hakam. Jadi lelaki bujang bukannya mereka tidak berilmu, okay je.

Tetapi, approach mereka tidak cukup barangkali. Mereka tak cukup present diri mereka, nampak kurang berilmu,” katanya.

Difahamkan, wanita berkenaan ialah Naib Presiden Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia, Haryani Ithnen.

Dalam wawancara yang membincangkan topik poligami itu dia turut berkongsi pendapatnya yang mengatakan isteri kedua dan seterusnya bukanlah yang merampas, sebaliknya isteri pertama yang dikira sebagai perampas.

“Yang merampas itu yang pertama, merampas rumah tangga kedua. Memaksa suami menceraikan yang pertama,” katanya lagi.

“Kena bersaing?” 

Petikan video wawancara tersebut menimbulkan pertikaian daripada netizen dan ramai yang berpendapat wanita berkenaan sendiri yang meletakkan dirinya dalam situasi berikut.

Malah, ada juga yang berkata wanita berkenaan boleh berkata begitu kerana dia ialah isteri yang ke-4.

Cats 14

Aduh, isu ni memang sentiasa jadi perdebatan…

Baca: “Belajar, paham dulu agama!” –  [VIDEO] Puteri Sarah ‘Ceramah’ Netizen Tentang Isu Poligami

Puteri Sarah Poligami

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.