in

“13 negeri bakal terkesan” – Jabatan Meterologi Malaysia Keluar Amaran Ribut Petir Malam Ini

Uuuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semua sedia maklum hujung tahun di negara kita umpama musim sejuk di negara-negara 4 musim. Cuaca ini dianggap bahaya kerana hujan yang turun kadang-kala akan diselangi dengan ribut petir.


Beberapa jam yang lalu satu perkongsian mengenai amaran ribut petir telah dimuat naik oleh akaun Twitter Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia), @metmalaysia.

Menerusi perkongsian tersebut, MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir yang bakal berlaku pada jam 8 malam ini.

Turut dikongsi menerusi ciapan tersebut ialah, sebanyak 13 negeri yang bakal terkesan dengan ribut petir tersebut.

Antara kawasan yang tersenarai ialah, negeri Kedah di bahagian Yan, Pendang, Kuala Muda, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.

Bagi negeri Pahang, kawasan yang berisiko ialah Cameron Highland, Lipis, Raub, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin.

Manakala bagi negeri Selangor pula ialah, Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.

Hanya 4 daerah sahaja yang berisiko bagi Negeri Sembilan iaitu Seremban, Port Dickson, Kuala Pilah dan Tampin.

Uu

Beberapa kawasan di Sarawak seperti Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga) dan Bintulu (Tatau) turut diberikan amaran ribut petir.

Manakala bagi Sabah kawasan di Pedalaman (Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Tongod, Telupid dan Kinabatangan) dan Kudat juga dikatakan bakal terkesan.

Sementara itu negeri-negeri lain seperti Johor, Melaka, Wilayah Perseketuan Putrajaya dan Kuala Lumpur, Perak dan Pulau Pinang tidak dinyatakan daerah yang mungkin terkesan.

Jadi orang ramai juga dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dan berwaspada bagi mengelakkan sekiranya berada di kawasan berisiko.

Baca : Selangor, KL, Perak 6 Negeri Ini Bakal Dilanda Ribut Petir, Dijangka Berlarutan Sehingga Hujung Disember

Capture 15 4

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.