
1. Tudung ‘kelepet’

Kalau mat saleh ada bad hair day, kita ada bad tudung day atau dengan kata lain, tudung kelepet. Mesti sakit hati je rasa, lagi-lagi bila nak cepat. Masa tu lah tudung buat hal. Last-last kena gosok tudung balik.
2. Lilit tudung stail baru tak jadi
Bila tengok tutorial dekat Youtube nampak mudah je, cantik je, lepas tu mula lah nak cuba. TAPI bila cuba dekat diri sendiri dah macam langsir jadinya. Lilit sana, lilit sana sampai berjam-jam baru siap. Itu pun kadang kadang fed up, pakai macam biasa je!
3. Gigit jarum
Walaupun tahu bahaya, tetap nak juga gigit jarum sambil melilit tudung tu! Dah jadi kebiasaan untuk wanita bertudung agaknya? Jangan buat okay, bahaya!
4. Tak kisah banyak mana sekali pun kau beli pin, mesti tinggal satu je nanti
Beli lah banyak mana pun pin tudung dekat Masjid Jamek tu, lama -lama tinggal satu je. Makan pin tudung ke apa? Haha. Masalah pin tudung habis ni forever akan jadi misteri~
5. Rambut terkeluar/Anak tudung bergerak

Kadang-kadang sakit hati je rasa sehelai dua rambut terkeluar dari anak tudung atau tudung tu. Sebab apa? Anak tudung bergerak, makin lama makin ke belakang. Siapa alami nasib yang sama?
[sociallocker id=1666]
6. Bila tudung favorite kau rosak sebab pin
Ada jenis pin tudung, jarumnya tebal dan mesti akan buat tudung ada lubang kecil bila pakai berulang kali. Ataupun benang tudung akan tertarik bila nak cabut pin tu! Habis tercarik, rosak tudung, kalau yang beli mahal mahal tu menangis!
7. Pakai semula tudung yang sama

Pernah tak rasa confident yang tudung tu tak (belum) busuk, lepas tu simpan elok-elok taknak bagi kedut sebab nak pakai balik? Ini paling selalu dipraktikkan pelajar universiti, bila pakai pergi kelas separuh hari je, then bau okay je, recycle la pakai balik kan!
8. Spray perfume banyak-banyak
Baru pakai sekejap lepas tu pakai balik sebelum basuh. Taknak bau punya pasal, sembur lah perfume sebanyak mungkin. Normal lah tuuu!
[/sociallocker]
9. Malas gosok
Ini masalah ramai perempuan ni. Hahaha. Especially bila ada fabrik tudung jenis tak nampak sangat kedutan tu. Memang confirm terus lilit je!
10. Kepala gatal
Sama ada masalah kelemumur, kulit kepala atau peluh ke, bila gatal mesti lah nak garu. Lepas garu tudung mesti jadi serabai. Stressssss!
11. Pin tercucuk dekat kulit
Tengah sedap pin tudung, tercucuk dekat kulit kepala atau bahu. Arghhh! Menyengat beb!
12. Mimik muka masa betulkan tudung
Ini paling tak tahan. Selalunya kita tak perasan tapi orang lain yang perasan mimik muka kita.
13. Tudung favorite
“Takde tudung nak pakai”, ayat biasa keluar dari mulut perempuan. Padahal tudung bukan main banyak tapi yang satu tuuuuu jugak duk ulang ulang pakai. Sampai kena perli tak basuh ke apa?