in

10 Profil Facebook Bongkar Produk Tipu Yang Wajib Anda Follow

Page 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lambakan produk kesihatan dan supplement di pasaran pada masa kini amat membimbangkan kerana keberkesanan dan keselamatannya yang diragui. Oleh itu, adalah penting untuk pengguna mencari saluran yang betul bagi memastikan produk yang ada di pasaran selamat untuk digunakan.


Jika sebelum ini kami telah senaraikan 20 doktor perubatan yang anda patut follow di Facebook, kali ini kami senaraikan pula 10 profil Facebook bongkar produk tipu yang wajib anda follow, hasil perkongsian Mohd Fadhli Mohd Fauzi di Facebook.

 

1. Cakna Ubat Anda

Ubat1
sumber: facebook

Cakna Ubat Anda merupakan salah satu profil Facebook yang akan mendedahkan kepada anda produk-produk di pasaran yang mendakwa berkesan dalam merawat sesuatu penyakit. Perkongsian di Facebook ini akan membuatkan anda lebih berhati-hati dan bijak dalam membuat pilihan.

 

2. PQ Community

Ubat13Baru
sumber: facebook

PQ Community bukan setakat mendidik anda mengenai bahaya barangan produk tiruan malah akan berkongsi info mengenai produk kosmetik yang tidak berdaftar dengan KKM dan MAL agar dapat membuka mata pembaca supaya lebih bijak dalam membeli produk atau kosmetik di pasaran.

 

3. Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Kelantan

Ubat3
sumber: facebook

Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri Kelantan juga berdiri sebaris dengan profil Facebook lain dalam senarai yang mendedahkan tentang produk dan jamu serta kosmetik yang tidak berdaftar. Oghe Kelante wajib follow nih! 

 

4. Dr. Che Puteh Osman

Ubat4
sumber: facebook

Dr. Che Puteh Osman merupakan seorang doktor PhD yang arif berkaitan produk kimia tumbuhan. Beliau juga sering memuat naik tentang perubatan dan kesihatan yang boleh dijadikan rujukan pembaca.

 

5. Dziehan Mustapa

Ubat5
sumber: facebook

Dziehan Mustapa merupakan pegawai farmasi yang sering mendedahkan produk-produk penipu termasuk kosmetik beracun serta kerap berkongsi info farmasi kepada pembaca.

 

6. Ammar Kamar

Ubat7
sumber: facebook

Ammar Kamar juga merupakan pegawai farmasi yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia. Menurut Mohd Fadhli, beliau pernah diugut oleh kumpulan produk penipu namun masih tidak gentar dalam mendedahkan kepalsuan produk tersebut.

 

7. Fahmi Hassan

Ubat8
sumber: facebook

Fahmi Hassan merupakan pegawai farmasi yang juga sukarelawan di MERCY Malaysia. Beliau merupakan seorang yang lantang dalam mendedahkan pelbagai produk penipu di pasaran serta akan menjawab isu berkaitan dengan fakta yang tidak boleh disangkal.

 

8. Mohammad Aswady

Ubat9
sumber: facebook

Mohammad Aswady juga merupakan pegawai farmasi yang turut berada dalam barisan yang mendedah dan membongkarkan produk palsu yang ada di pasaran supaya pembaca tidak akan tertipu dengan peniaga yang hanya ingin mengaut keuntungan.

 

9.  Khairul Yoi II

Ubat11
sumber: facebook

Khairul Yoi antara individu di Facebook yang tidak gentar dan lantang dalam mendedahkan tentang isu produk penipu. Walaupun digelar pelingkup bisnes Melayu oleh haters, itu tidak menghalangnya untuk terus melindungi pengguna daripada tertipu. Ramai pengguna Facebook muda-mudi follow Yoi ni! 

 

10. Mohd Fadhli Mohd Fauzi

Ubat10
sumber: facebook

Mohd Fadhli yang kini sedang menyambung pengajiannya dalam bidang kesihatan awam juga turut berkongsi mengenai isu produk penipu kepada pembaca serta hal-hal kesihatan dan perubatan yang sangat bermanfaat kepada pembaca.

Perkongsian di profil Facebook mereka amatlah bermanfaat kepada para pembaca. Ini adalah kerana dengan info dan maklumat berilmiah seperti ini, pembaca akan lebih berhati-hati dan cakna dalam isu produk kesihatan dan supplemen.

Baca: 20 Doktor Perubatan Yang Anda Patut Follow di Facebook

Doktor1 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.