Kementerian Kewangan mengingatkan orang ramai bahawa bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) sebanyak RM100 yang akan diberikan pada 31 Ogos ini tidak perlu dimohon, sebaliknya dikreditkan terus melalui kad pengenalan penerima berumur 18 tahun ke atas.
Bantuan ini tidak melibatkan sebarang e-dompet atau pendaftaran pihak ketiga. Orang ramai dinasihatkan supaya berwaspada dan tidak terpedaya dengan pautan palsu atau individu yang mendakwa boleh membantu urusan permohonan.
Penerima boleh menunaikan bantuan tersebut di premis berdaftar di seluruh negara bermula 31 Ogos hingga 31 Disember 2025, dan hanya boleh digunakan untuk pembelian barangan asas yang ditetapkan di lebih 4,100 kedai terpilih.
SARA merupakan salah satu inisiatif yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pada 23 Julai lalu.
Langkah ini sebahagian daripada inisiatif kerajaan untuk meringankan beban kos sara hidup rakyat tanpa perlu melalui orang tengah.
Sumber: Astro Awani
Baca: Ini 6 Penghargaan Buat Rakyat Malaysia Yang Diumumkan PMX Sebentar Tadi