in

⁠Dakwa Tidak Mendatangkan Manfaat, Trump Arah Tutup Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat

3trump 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Presiden Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif bagi menutup secara mutlak Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat.

Screenshot 2025 03 22 at 2.49.44 PM

Memetik laporan Kosmo!, Trump menegaskan bahawa jabatan tersebut tidak lagi membawa manfaat dan merancang untuk mengembalikan kuasa pendidikan kepada kerajaan negeri.


Trump menegaskan bahawa penutupan ini akan dilaksanakan secepat mungkin.

Jabatan Pendidikan, yang ditubuhkan pada tahun 1979, tidak boleh ditutup tanpa kelulusan Kongres Amerika Syarikat. Namun, perintah eksekutif tersebut memberi kuasa kepada Trump untuk menyekat dana kerajaan serta mengehadkan operasi jabatan berkenaan.

Screenshot 2025 03 22 at 2.48.28 PM

Langkah ini selaras dengan janji kempen Trump dan merupakan sebahagian daripada rombakan besar kerajaan yang dirancang dengan bantuan penasihat kanan, Elon Musk.

Setiausaha Pendidikan, Linda McMahon, telah diarahkan untuk mengambil semua langkah yang diperlukan bagi memastikan proses penutupan berjalan lancar serta menyerahkan kembali kawalan pendidikan kepada negeri-negeri di Amerika Syarikat.

Baca: Bertekak Dengan Trump, Rusia Anggap Lawatan Presiden Ukraine Ke Amerika Satu Kegagalan

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.