Wanita Prihatin Berjaya Selamatkan Bayi Daripada Menjadi Mangsa Pemerdagangan Manusia

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Mungkin dalam kehidupan seharian kita, sikap kepoh atau menjaga tepi kain orang itu tidak disukai ramai. Namun dalam situasi berikut, disebabkan sikap ambil tahu wanita inilah, seorang bayi berjaya diselamatkan daripada menjadi mangsa pemerdagangan manusia.

Pada Selasa lalu, seorang wanita bernama Lee telah mengambil bas untuk pulang ke rumah selepas tamat waktu kerja. Semuanya dalam keadaan baik sehinggalah seorang lelaki berbaju T putih menaiki bas tersebut.

Menurut World of Buzz, Lee yang sentiasa berwaspada dengan keadaan sekeliling perasan akan wajah cemas pada lelaki tersebut yang duduk tanpa membayar tambang bas terlebih dahulu.



Bayi yang dikendongnya juga kelihatan seperti baru habis menangis dan lelaki tersebut dilihat menepuk bahagian belakang badan bayi itu dengan sangat kuat. Jika difikirkan dengan logik akal, ibu bapa mana yang akan lakukan seperti itu kepada anak mereka kan? Hmm pelik jugak ni! 

Sumber: WOB

Namun, apa yang lebih mencurigakan ialah bayi tersebut memakai baju berlengan pendek walhal cuaca di kawasan Sichuan, China pada ketika itu sangat sejuk selepas selesainya Festival Pertengahan Musim Luruh.

Seorang bapa yang menyayangi anaknya pasti tidak akan membiarkan bayi tersebut kesejukan dan memakaikannya baju yang boleh memanaskan tubuh si bayi. Kan…

Kesemua perkara ini membuatkan Lee lebih curiga sama ada benar atau tidak lelaki tersebut adalah bapa kepada bayi itu. Dia kemudian beralih tempat duduk ke belakang bas dan mengambil gambar bayi berkenaan dan ‘bapanya’ secara senyap-senyap sebelum dihantar ke laman media sosial polis tempatan.

Sumber: WOB

Pun begitu, terdapat dua lagi hentian sebelum bas tersebut berhenti di terminal akhir. Malangnya, telefon Lee hampir kehabisan bateri dan dia bercadang untuk mengekori lelaki tersebut dari belakang.



Bas tersebut akhirnya berhenti di hentian terakhir dan kemudian meneruskan perjalanan ke terminal bas. Disebabkan lelaki itu tidak turun di hentian akhir, wanita berkenaan mengagak yang suspek akan menukar perjalanan menggunakan keretapi pula di terminal nanti.

Lalu Lee dengan pantas turun dari bas tersebut dan bergegas pulang ke rumah untuk menelefon polis. Selepas dua jam, pihak polis menghubungi Lee semula dan memaklumkan lelaki tersebut dan bayinya telah ditahan polis di stesen keretapi.

Mereka juga mengesahkan bahawa bayi itu sememangnya telah diculik dan bakal dijual. Pihak berkuasa juga tidak lupa untuk berterima kasih dengan Lee bagi pihak keluarga bayi tersebut kerana tindakannya menyelamatkan bayi berkenaan.

Keberanian Lee dalam menyelamatkan bayi itu tular di media sosial dan rata-rata netizen berterima kasih atas sikap waspadanya daripada membiarkan penjenayah tersebut melepaskan diri. Tahniah!

Semoga ramai lagi insan yang berhati mulia seperti Lee di dunia ini. 



Baca: Budak Perempuan Berusia 4 Tahun Nyaris Diculik Ketika Ditinggalkan Bapa Untuk Ke Tandas

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!