in

Tok Sami Dirakam Tonton Video Lucah Secara Terang-Terangan Dalam Bas Tanpa Guna Earphone

Toksami
Lobak Merah
Lobak Merah
Tok Sami Dirakam Tonton Video Lucah Secara Terang-Terangan Dalam Bas Tanpa Guna Earphone
Loading
/

Tok sami sering dianggap suci, alim dan tidak ambil tahu tentang media arus perdana kerana hidup mereka didedikasikan untuk doa dan ibadat.

Namun, kisah seorang netizen warganegara Thailand baru-baru ini membuatkan ramai orang hilang tanggapan sebegitu kepada tok sami. Kenapa pulak…

Ketika di dalam perjalanan menaiki bas menuju ke wilayah Nong Bua Lamphu, Wittawat Wonghajuk terdengar bunyi yang pelik.

Saya terdengar bunyi yang pelik. Ketika melihat sekeliling, saya ternampak seorang tok sami sedang memegang telefon bimbit.”

Porn2
sumber: facebook

Bukan itu yang memeranjatkan Wittawat, tetapi tok sami itu ternyata sedang menonton video lucah secara terang-terangan di dalam bas tersebut!

Malah, volume yang dipasang tok sami itu sangat kuat dan dia tidak menggunakan earphone sambil menonton video tersebut.

Lebih memalukan lagi, tok sami itu memakai pakaian agamanya yang lengkap dan baru lepas mencukur rambut. Dia turut dilihat memakai cermin mata hitam sambil menikmati ‘hiburan’ yang ditontonnya itu. Nak cover line taknak bagi orang kenal muka dia kot?

Porn3
sumber: facebook

Sambil meletakkan telefon itu di atas kerusi tempat duduk penumpang di hadapannya, dia fokus menonton dan tidak mempedulikan tindak balas serta reaksi orang lain di sekelilingnya.

Seorang penumpang wanita yang duduk di hadapan juga dilihat seperti tidak selesa dan memandang ke belakang untuk periksa apa yang berlaku, tetapi malangnya dia tidak dapat melihat apa yang ditonton tok sami berkenaan. Tapi boleh dengar kotttt.

Porn1
sumber: facebook

Mungkin dia jarang guna phone, so dia taktau yang orang lain dengar apa yang dia tonton dekat phone tu kan? #bersangkabaik