in

Pelajar Universiti Tulis Nota Atas Kaki Untuk Meniru Semasa Peperiksaan

Student

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Meniru dalam peperiksaan tu bagi sesetengah orang adalah sesuatu perkara yang biasa. Bermacam idea digunakan untuk memastikan mereka dapat meniru. Jangan meniru tau!


Bagi seorang pelajar perakaunan di China ini pula, dia telah membuat keputusan menggunakan kakinya yang panjang untuk salin nota-nota penting supaya dia dapat meniru semasa peperiksaan.

Student1
sumber: nextshark

Menurut Nextshark, rakan pelajar itu dilaporkan telah memuat naik beberapa gambar menunjukkan nota yang ditulis di atas pahanya di media sosial.

Dia menulis,

“Saya gelak terbahak-bahak. Beginilah cara rakan sekelas saya menipu semasa peperiksaannya. Exam tak pernah tak susah kan? Hahahaha, harap post ini akan membuatnya terkenal!”

Student2
sumber: nextshark

Post itu kemudian menjadi tular serta merta dan ramai netizen memberikan komen tentang nota-nota yang ditulis di kaki pelajar yang tidak dikenal pasti itu.

“Ini buku rekod debit dan kredit ni.”

“Mungkin dia hanya mahu menunjuk-nunjuk kakinya yang panjang itu.”

Student3
sumber: nextshark

Malangnya, ramai pelajar di seluruh dunia telah menggunakan pelbagai cara ‘kreatif’ untuk meniru semasa peperiksaan.

Suatu ketika dahulu, pelajar dari China pernah menggunakan kamera kecil yang tersembunyi di pen untuk mengambil gambar sebelum mendapat jawapan yang diberitahu melalui alat peranti di telinga. Amboi, ni lain dari lain betul ni.

Student4
sumber: daily mail

Para pendidik juga terpaksalah keluar dengan idea tersendiri untuk menghalang pelajar daripada meniru.

Sebagai contoh guru di Thailand yang pernah membuatkan pelajarnya memakai payung ketika peperiksaan! Ni memang rare.

Belajar elok elok, jangan meniru please korang!

Baca: Guru Perkenal ‘Helmet Anti Tiru”, Elak Pelajar Meniru Semasa Peperiksaan

Helmet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.