“Pagi tadi urat belakang bengkak dan saya pitam” – Jamal Mengeluh Tiada Tilam Di Penjara

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Tidak sah rasanya kalau menyebut nama Datuk Seri Jamal Yunos tanpa mengaitkan dengan gimik-gimik extreme yang dilakukannya. Jamal yang gemar membuat gimik di khalayak ramai sebagai salah satu cara menyampaikan mesej, kini kembali dengan membawa tukul besi pula!

Bermula dengan insiden Tun Mahathir mengaitkan keturunan Bugis dengan lanun yang membawa kepada kemurkaan Sultan Selangor, kini sudah jadi perang dingin antara Jamal dengan pemimpin DAP, Datuk Zaid Ibrahim pula.

Sumber: Malaysiakini

Sultan Selangor pada awalnya bertitah bahawa Tun Mahathir akan “membakar seluruh negara dengan api kemarahannya”, lapor Malaysiakini. Mempertikai titah Sultan, Zaid mengatakan bahawa “Sultan Selangor perlu berhati-hati dengan titah-titah baginda, tiada siapa yang kebal apabila negara terbakar.” Ouch!



Ekoran kenyataan yang dikeluarkan Zaid ditujukan kepada Sultan Selangor itu, Jamal tampil berbaju Melayu hijau lengkap bersamping songket di perkarangan Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) bagi menyatakan rasa tidak puas hatinya kepada pemimpin DAP tersebut.

Sumber: Malaysiakini

“Kenapa lambat, terhegeh-hegeh nak ambil tindakan terhadap binatang ini. Kami sudah tidak tahan, kami rakyat Selangor sudah hilang sabar. Kalau tidak ada tindakan lagi esok tukul ini akan singgah ke kepala dia,” kata Jamal yang membuat gimik menghentak keratan gambar Zaid dengan tukul seberat 5 kilogram menuntut tindakan segera polis.

Sumber: Malaysiakini
Sumber: Malaysiakini

Oleh sebab gimik berbaur ugutan yang dipamerkan Jamal, Zaid kemudian memuat naik status di laman Twitter mengharapkan polis untuk melindunginya dan keluarga daripada ancaman Jamal.

Sumber: Twitter

Berikutan hal itu, Jamal telah ditahan reman selama dua hari bagi menyiasat isu ancaman yang ditujukannya kepada Zaid. Sejurus dilepaskan, Jamal tidak mengambil masa lama untuk berkongsi kisah dalam penjara yang dilaluinya.

“Pagi tadi urat belakang saya bengkak dan saya pitam sekejap dan pihak polis mahu bawa saya ke hospital tetapi memandangkan reman saya habis hari ini, saya terus ke hospital.”



Sumber: Free Malaysia Today

Jamal menceritakan bahawa permintaannya untuk mendapatkan tilam ketika di lokap tidak diendahkan oleh pihak polis menyebabkan dia terpaksa tidur di atas simen. Mengeluh urat belakangnya bengkak kerana perlu tidur tanpa tilam, Jamal mengadu bahawa dia pitam sebentar.

Memaklumkan bahawa dia akan berada di Hospital Ampang Putri untuk menerima rawatan lanjut, pembebasan Jamal disambut kekecewaan kerana dia mendapati bahawa Zaid masih belum menerima sebarang tindakan atas perbuatannya.

Macam-macam lah Abang Jamal ni ye. Kalau nak tidur lena atas tilam, jangan la buat ancaman dekat orang lain. Kan tak pasal pasal kena tahan reman. Huhu

Baca: “Jamal nak bagi rakyat sedar! Dia tokoh pembangkang sebenar di Selangor…” – Wakil UMNO

 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.