in

Mia Sara Dikecam Netizen Pakai Tudung Singkat Sehingga Nampak ‘Tek’ Besar

Mia Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini telah berlangsung majlis gilang-gemilang Festival Filem Malaysia 2017 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Sudah semestinya majlis itu dihadiri para karyawan seni dan pelbagai kisah dikatakan terjadi termasuklah kontroversi lawak Zizan yang dianggap melampau itu.


Selain kontroversi tersebut, seperti biasa artis wanita yang menggayakan hijab mendapat kritikan termasuklah pelakon kanak-kanak Mia Sara.

Mia atau nama sebenarnya Mia Sara Nasuha, 12, yang menggayakan busana dan tudung berwarna merah menerima kritikan hebat daripada netizen. Kenapa pulak ni?

Mia 1
sumber: instagram

Menurut mereka, busana itu terlalu mengikut bentuk badan dan tudung yang digayakan Mia terlalu singkat sehingga menampakkan bonjolan pada bahagian dada serta tidak sesuai untuk remaja usianya.

Mia 4
sumber: media hiburan

Bapa pelakon itu, Muhammad Ridhuan ketika ditemu bual mStar memberitahu bahawa dia menerima segala teguran netizen terhadap anaknya. Namun, menurutnya busana yang dipakai Mia tidaklah ketat seperti yang diperkatakan.

“Saya mengaku tudung yang dipakai Mia pada malam tersebut agak singkat dan saya terima segala teguran.

“Namun, bajunya tidak seketat yang anda nampak dalam gambar itu. Kalau lihat secara berdepan, baju itu longgar sahaja. “

Kata Ridhuan lagi, sisi kamera yang mengambil gambar mungkin menjadi sebab mengapa bahagian dada anaknya terlihat begitu jelas.

Mia 3
sumber: instagram

Difahamkan, segala persiapan Mia pada malam tersebut dilakukan di saat-saat akhir menyebabkan dia tidak sempat membetulkan pakaian anaknya.

“Saya mengaku tudung Mia terlalu singkat dan ia adalah kesalahan saya sendiri. Semua yang dilakukan pada saat-saat akhir. 

“Kami mendapat jemputan untuk hadir pada malam itu pun kurang dari dua minggu. Manakala baju Mia siap sehari sebelum.

“Tak sempat nak cari tudung yang sesuai dan kebetulan baju itu ada hiasan di bahagian bahu.”

Ridhuan memohon maaf jika ada pihak yang tidak suka dengan pakaian Mia. Namun, dia juga turut berterima kasih kepada netizen yang meninggalkan komen positif dengan mengunakan ayat-ayat betul.

Netizen pun satu, kalau nak tegur berpada-pada lah dalam penggunaan ayat. Kata-kata anda mungkin menyinggung perasaan mereka. Tegur dengan berhemah ye.

Baca: Aiman Tino Terkejut Didakwa Kena Tangkap Khalwat Bersama Gadis Dalam Kereta

Mantino Featured

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.