in

Lelaki Sangka Remaja Mahu Minta Sedekah Tetapi Menangis Selepas Mendengar Kisah Hidupnya

Nivesh1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lambakan peminta sedekah dan pengemis di negara ini membuatkan kita menjadi lebih berhati-hati dan tidak mudah percaya kepada sesiapa yang mendekati. Lebih-lebih lagi, kini sindiket peminta sedekah pula masih berleluasa.


Disebabkan itu, kita pasti pernah beranggapan meskipun sekali, bahawa seseorang yang cuba mendekati kita mahu meminta sedekah. Especially wanita yang dukung anak tu.

Begitu juga yang bermain di fikiran Razif Rawther ketika didekati seorang remaja lelaki di Kampung Baru kelmarin, kira-kira jam 12.30 tengahari. Razif kemudian berkongsi pengalaman yang dilaluinya itu di Facebook hingga mendapat lebih 3ribu perkongsian.

Menurutnya, perkara pertama yang bermain di dalam fikirannya ketika didekati remaja berusia 15 tahun itu adalah kerana mahu bertanyakan arah atau meminta wang.

Namun, ternyata yang memperkenalkan dirinya sebagai Nivesh itu sebenarnya mahukan sesuatu yang lain. Bukannya meminta wang, dia sebaliknya bertanya jika Razif boleh membelikan barangan dapur untuknya.

Mahu tahu apa yang terjadi, Razif terus bertanya padanya dan kisah yang diceritakan Nivesh ternyata telah menyentuh hatinya.

Nivesh merupakan anak sulung daripada empat beradik dan ibunya baru sahaja meninggal dunia. Lebih tragis, ibunya telah membunuh diri dengan menelan racun kerana tidak tahan dengan bapanya yang juga seorang kaki mabuk dan tidak bertanggungjawab.

Bukan itu sahaja, mendiang ibunya juga sudah tidak tahan kerana kerap didera bapanya yang tidak bekerja itu selain sering dituduh mempunyai hubungan dengan lelaki lain setiap kali keluar bekerja untuk menampung perbelanjaan keluarga mereka.

Lebih menyedihkan lagi, pengebumian tidak dapat dijalankan kerana mereka tidak mempunyai wang sehinggalah dibantu oleh ahli-ahli gereja.

Nivesh
sumber: facebook

Nivesh dengan sedih turut memberitahu bahawa dia tidak dapat meneruskan persekolah kerana kekangan wang. Dia terpaksa korbankan masa depannya kerana perlu mencari kerja demi menampung perbelanjaan adik-adiknya.

Tiada saudara mara yang sudi membantu kerana sikap ayahnya itu membuatkan mereka kini dibiarkan tanpa pengawasan memandangkan bapanya sering mengambil dadah serta jarang pulang ke rumah.

Razif kemudian bertanya sama ada remaja itu pernah meminta bantuan daripada NGO atau badan kerajaan seperti MIC dan jawapan yang diberikan Nivesh sangat mengejutkannya.

“Menurutnya, dia sudah pergi dan menerangkan situasinya. Dia juga diminta untuk menghantar sijil kematian ibunya sebagai bukti sebelum mereka (MIC) membuat keputusan.”

“Selepas borang dihantar, dia menunggu selama 3 bulan tetapi tidak menerima maklum balas dari MIC.”

Ingin tahu apa yang berlaku, Nivesh kemudian pergi berjumpa mereka semula tetapi malangnya dia telah dihalau dan kata-kata yang dilemparkan kepadanya sangat mengecewakan!

“Ramai orang alami situasi yang sama macam awak, kami tiada masa nak layan semua ini. Kalau ada perkembangan terkini, kami akan maklumkan!”

Itulah yang dikatakan salah seorang wakil dari pihak MIC kepadanya, seperti yang diceritakan Nivesh kepada Razif.

Kecewa dengan apa yang didengarinya, Nivesh terus mengorak langkah pulang ke rumah. Tanpa satu sen di tangannya, dia telah berjalan kaki dari Batu 5, Jalan Ipoh hingga ke Kampung Baru!

Selepas mendengar cerita itu, Razif tanpa berfikir lebih lama terus membawa Nivesh ke kedai berdekatan dan membelikannya bekalan barangan dapur untuk sebulan.

Razif turut menawarkan untuk menghantarnya pulang tetapi dia menolak dan sebaliknya meminta dihantarkan hingga perhentian bas sahaja.

“Dia risau jika bapanya melihat dia bersama saya dan akan menyebabkannya dipukul.”

Razif juga tidak lupa memberikan remaja itu nombor telefonnya dan meminta Nivesh menghubunginya bila-bila masa jika dia memerlukan pertolongan.

Semoga pihak MIC tampil membantu Nivesh dan adik-adiknya. Entah apa akan jadi jika mereka terus dibiarkan sebegitu.

Baca: Warga Emas Dijanjikan Dapur Baru Sejak Tahun Lalu Namun Diberi Harapan Palsu Oleh Wakil Rakyat

Janji Palsu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.