in

Lelaki Bakar Pintu Bank Kerana Tidak Luluskan Permohonan Insurans RM100 Juta

Bakar Bank

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lobak Merah
Lobak Merah
Lelaki Bakar Pintu Bank Kerana Tidak Luluskan Permohonan Insurans RM100 Juta
Loading
/

Setiap kali permohonan pinjaman atau insurans ditolak pihak bank kita pasti kecewa dan sedih namun seorang lelaki dari Batu Pahat ini bukan sahaja kecewa tetapi juga terlalu marah sehingga dia bertindak membakar pintu sebuah bank.


Menurut MMO, suspek berusia 29 tahun itu dikatakan membuat permohonan insurans sebanyak RM100juta baru-baru ini tetapi ditolak pihak bank. Tidak dapat mengawal marah, lelaki itu kemudian bertindak membakar pintu bank tersebut di Jalan Kundang, Bukit Pasar pada malam 21 Julai.

Bakar Bank 1
sumber: facebook

Dalam kejadian kira-kira jam 8.45 malam itu, dia dilihat menuang cecair dipercayai petrol di pintu bank sebelum melemparkan kertas yang dibakar dan melarikan diri menaiki motorsikal.

Menurut Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa, kejadian itu dimaklumkan kepada pihak polis oleh orang awam yang menyedari kejadian tersebut.

Bakar Bank 2
sumber: facebook

Polis kemudian berjaya mengesan suspek dan menahannya di kediamannya kira-kira jam 10.45 malam, pada hari yang sama.

“Siasatan awal mendapati suspek bertindak demikian kerana tidak berpuas hati dengan pegawai dan pihak bank yang menolak permohonan perlindungan insurans yang dibuat beberapa hari sebelum itu,” kata Abdul Wahib.

Bakar Bank 3
sumber: facebook
Bakar Bank 4
sumber: facebook

Suspek juga difahamkan pernah menerima rawatan pesakit mental di Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat dan telah memohon insurans untuk perlindungan nyawa dan perubatan.

Tiada kerosakan serius berlaku susulan kejadian itu dan kes disiasat  mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api.

Banyak sangat tu 100juta tuuuuu.

Baca: Tiga Lelaki Berang Alat Hisap Shisha Disita, Serang Penguatkuasa Dengan Pedang Samurai

Parang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.