“Lebih RM15,000 untuk makeup sahaja” – Gadis Sanggup Berhabis Wang Untuk Ubah Suai Kereta Demi Kepuasan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Selalu kita dengar kaum perempuan meminati benda-benda yang cantik, fesyen dan alat solek. Ramai juga wanita yang meminati sukan-sukan lasak seperti rock climbing, paragliding, dan mendaki gunung. Pun begitu, jarang sekali kita dengar kaum wanita yang mempunyai hobi berkaitan dengan kereta.

Inilah istimewanya seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Auni yang memiliki hobi mengubah suai kereta miliknya dan meminati hal kereta mengalahkan lelaki. Menerusi perkongsiannya, Auni sampai sanggup berhabis wang ribuan ringgit semata-mata demi keretanya.

Sumber: Facebook

Oleh sebab itu, tidak hairanlah jika wanita cantik ini mempunyai hobi sedemikian. Demi minat dan kepuasan diri, Auni gemar melakukan pelbagai pengubahsuaian terhadap kereta-keretanya dan membelanjakan wang ringgit untuk mendapatkan gaya yang diinginkan.



“Antara sebab-sebab Auni suka sport car, sebab Auni suka bentuk dia. Tergoda mak.”

Apabila ditanya tentang hobi unik Auni yang suka menukar penampilan kereta miliknya supaya kelihatan lebih unik, wanita ini berkongsi bahawa dia juga mempunyai hobi lain seperti mengumpul alat solek dan melancong.

Sumber: Facebook

Menyamakan hobi ubah suai kereta dengan hobi suka bersolek, Auni memberitahu bahawa dia begitu minat untuk ‘menyolek’ keretanya.

“Selain makeup muka sendiri, Auni suka gila makeup kereta bagi power, bagi cantik, bagi unik.”

“Yang paling best part bunyi ekzos…Dari tak ada, warna pun tak menarik, semua Auni tukar buat lain. Makeup bagi cun dan unik. Bila dah tak ada benda nak dimakeup, Auni akan jual dan akan ulang benda yang sama untuk kereta lain.”



Sumber: Facebook

Auni yang mengakui bahawa dia selesa membeli kereta-keretanya secara tunai tidak suka berhutang kerana kaedah itu mempunyai faedah.

“Auni beli kereta tunai, Auni tak suka hutang sebab ada faedah. Biar kecil ke buruk ke janji tak hutang. Kalau tak mampu atau beban Auni tak beli.”

“Dari tayar sampai ke cat sampai ke rim sampai ke ekzos sampai keluar lebih RM15,000 untuk makeup sahaja.”

Sumber: Facebook

Bercerita pengalaman mengubah suai kereta Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z miliknya, Auni memaklumkan bahawa dia pernah berhabis wang lebih RM15,000 untuk mengubahsuai kereta tersebut. Wow, banyaknya! 

Antara kereta-kereta yang pernah dibeli oleh Auni adalah;



  1. Honda civic FD 2.0
  2. BMW350i
  3. Kereta Chevrolet Cruze 1.8
  4. Nissan 3.5 Nismo Fairlady Z
  5. Honda City 1.5 Full Spec

Waaah, memang lain dari yang lain hobi Auni ni! Jangan ingat lelaki sahaja ada hobi ubah suai kereta, perempuan pun ada tau!

Baca: Berani Gila! Gadis Ini Bela Biawak dan 26 Jenis Ular Termasuklah Tedung Selar!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Asma' Razak

Suka dinosaur tetapi minat filem bergenre futuristik, bercita-cita mahu jadi vegetarian dan berharap ikan diklasifikasikan sebagai tumbuhan.