“Kenapa wujud manusia kejam macam ni? Dah berapa banyak kucing kami hampa racun…”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Apakah dosa makhluk comel ini sehingga dia diseksa sebegitu rupa.

Kehilangan sesuatu atau seseorang yang tercinta buat selama-lamanya adalah saat yang tidak dapat kita lupakan. Lebih-lebih lagi jika pemergian mereka berlaku secara tiba-tiba.

Sumber : Facebook

Di dalam rakaman yang kini menjadi tular, pemiliknya tidak dapat menahan sebak apabila melihat kucingnya Bobby menggigil menahan kesakitan sebelum menghembuskan nafasnya buat kali terakhir.



Tragedi ini berlaku kira-kira jam 1 pagi semasa keluarga mereka sedang bersiap untuk tidur. Tiba-tiba mereka telah digemparkan dengan berita bahawa kucing itu telah diracun. Mereka terus bergegas ke arah Bobby dengan harapan haiwan itu masih sempat untuk diselamatkan.

Sumber : Facebook

Tiba saja di tempat kejadian, keadaan Bobby sudah pun parah semasa mereka menemuinya di bawah almari. Bobby sudah mula menggelupur dan mengigil satu badan. Walaupun sukar, mereka berjaya juga menarik bobbby keluar dari bawah almari dan meletaknya di dalam sangkar. 

Namun, sebelum mereka sempat berbuat apa-apa, Bobby sudah meninggalkan mereka. Difahamkan, bukan kucing sahaja yang diracun, malah ayam peliharaan mereka juga telah menjadi mangsa perbuatan keji ini.

Menurut mereka jika perkara itu berlaku pada waktu siang, mungkin masih sempat bagi keluarga itu untuk mencari air kelapa dan memberinya pada Bobby untuk menyembuhkan kesakitan itu.



Sumber : Facebook

Di dunia mereka mungkin boleh terlepas, tetapi di akhirat kelak merangkaklah mereka kerana menyeksa binatang. Tak apalah Bobby, pergilah dengan tenang di sana. Hidup di dunia pun tak bebas” 

Selepas mereka memuat naik saat-saat akhir Bobby di Facebook, terdapat segelintir netizen yang kurang bersetuju akan tindakan mereka untuk berkongsi rakaman itu di media sosial.

Mereka berpendapat bahawa rakaman tersebut tidak sesuai untuk dipertontonkan kerana ia melibatkan nyawa meskipun ia cuma seekor kucing.

Namun niat pemilik Bobby cuma untuk kongsikan kesedihan dan kekecewaan mereka atas tindakan manusia yang kejam melakukan kucingnya begitu.

Sumber : The Reporter

Tak ada dah kucing yang selalu korek-korek bawah pintu bilik saya nak masuk tidur. Tak ada dah kucing bermanja-manja gigit tangan dan kaki saya nak minta makanan. Saya punyalah risau teringatkan dia sebab nak kena tinggal dia bila saya dah kahwin nanti. Tetapi rupa-rupanya dia yang meninggalkan saya terlebih dahulu. Selamat tinggal Bobby”

Meskipun mereka cuma binatang, mereka juga mempunyai perasaan. Kalau ye pun tidak suka, binatang tidak patut dilayan seteruk begitu.



Baca : Kemaluan Kucing Bunting Berdarah Tanpa Henti Dipercayai Dirogol Lelaki

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syahirah Izzati

Seorang gadis yang mampu makan dan tonton video kucing secara berterusan di luar norma manusia biasa. Kurang songeh dan berkebolehan membuat anda tersenyum sinis.