Kad Undangan Perkahwinan Tular di Media Sosial, Lelaki Mahu Nikahi Dua Wanita Sekaligus

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kata orang, tiada wanita yang suka dimadukan. Namun, sebaliknya bagi dua wanita ini, mereka tidak kisah bermadu disebabkan perasaan cinta yang mendalam terhadap lelaki yang sama. Gambar kad undangan perkahwinan seorang lelaki di Indonesia menggemparkan negara itu selepas ianya tular di media sosial.

Menurut laporan portal, seorang lelaki bernama  Cindra yang berasal dari Palembang dikatakan mahu berkahwin dengan dua perempuan sekaligus! Amboi…

Sumber: Detik News

Ketua Kampung Teluk Kijing mengesahkan bahawa pengantin lelaki berkenaan mahu bernikah dengan dua wanita iaitu Indah Lestari dan Perawati.



Ya benar, ada lelaki di kampung ini akan berkahwin dengan dua wanita. Saya yang menyediakan dokumen pernikahan mereka.”

Menurutnya lagi, ibu bapa dan Indah yang mengenali Cindra sejak Ogos lalu telah datang ke pejabatnya untuk menguruskan pernikahan itu.

Saya bertanya Indah adakah dia yakin dan sedia untuk bermadu dan gadis itu menjawab dia sangat mencintai Cindra.”

Malah, menurut ketua kampung itu, tiada yang pelik dengan pernikahan tersebut dan penduduk di sana menggelarkan situasi tersebut sebagai belum bernikah sudah dimadukan.

Sumber: Detik News

Bapa saudara Cinda, Rustam akui tidak tahu bahawa anak saudaranya itu mempunyai hubungan dengan dua wanita sehinggalah Indah dan Perawati memberitahu ingin menjadi isteri Cindra.

Kami tidak tahu Cindra ada dua kekasih, kerana dia pendiam dan tidak bercerita ada pacar bahkan sampai dua.”

Indah dilaporkan datang terlebih dahulu ke rumah Cindra memberitahu ibu bapa lelaki itu bahawa dia mahu berkahwin dengan Cindra. 15 hari kemudian, Perawati pula dikatakan datang dan menyatakan hasrat yang sama.

Sumber: Detik News

Bagaimanapun, menurut Rustam, undang-undang tidak membenarkan pernikahan sekaligus menyebabkan Indah diputuskan menjadi isteri yang pertama manakala Perawati yang kedua.



Mengikut adat mereka, kedua-dua wanita berkenaan kini wajib tinggal di rumah keluarga Cindra sehinggalah hari akad nikah. Indah dan Perawati mendapat perhatian apabila kedua-duanya dilihat akrab seperti sudah lama kenal dan tidak bermasam muka atau bertelingkah.

Sumber: Detik News

Cindra bakal menikahi Indah pada 5 November ini manakala Perawati yang dikenalinya sejak tahun lalu akan dinikahinya pada 9 November. Semoga majlis berjalan dengan lancar!

Dahsyat betul pak Cindra ni. Kalau boyfriend korang buat macam ni, setuju tak rasa-rasanya? 😝

Baca: Rani Kulup Mahu Cukupkan Kuota Beristeri Empat, Kini Sedang Mencari Calon

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!