in

Ini Caranya Macam Mana Nak Beli Tiket Wayang TGV Dengan Harga RM10 Setiap Hari!

Rm10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Banyak sungguh filem menarik yang bakal ditayangkan pada bulan ini kan? Punyalah banyak filem yang nak ditonton, sampaikan anda kena pilih filem mana yang paling best nak ditonton sebab sudah kekurangan bajet. Takkan nak tengok semua filem kan? Keringlah poket tu!


Namun mulai hari ini, anda tidak perlu pilih filem apa yang akan ditonton lagi kerana ada caranya untuk mendapatkan tiket wayang dengan harga yang murah. Wow! Dengan kerjasama TGV Cinemas dan Maybank, anda boleh tonton wayang dengan harga serendah RM10 di semua premis TGV Cinema mulai sekarang sehingga 31 Januari 2019! 

590X200 Maybank
sumber: wob

Dan yang paling menarik sekali ialah tawaran ini boleh didapati setiap hari sebelum jam 6 petang! Ini termasuklah hari Sabtu dan Ahad tau! Harga setiap tiket yang ditawarkan seperti di bawah:

  • RM10 untuk Standard Hall Tickets
  • RM20 untuk tiket IMAX 2D (lokasi terpilih)
  • RM24 untuk tiket IMAX 3D (dengan cermin mata 3D)

Bagaimana caranya untuk anda dapatkan tiket tersebut? 

Bemula dari 1 Februari hingga 31 Januari 2019 ini, anda hanya perlu ke mana-mana kaunter tiket TGV Cinemas untuk membeli tiket wayang yang ditayangkan sebelum jam 6 petang. Walau bagaimanapun, tawaran ini tidak sah untuk tempahan online, aplikasi pembelian tiket di telefon dan pembelian di kiosk.

Pembelian terlebih dahulu juga tidak dibenarkan, yang mana ini bermaksud anda perlu dapatkan tiket tersebut seawal mungkin sebelum ia habis dijual. Siapa cepat dia dapat! 

Untuk menikmati tawaran hebat ini, anda mestilah pengguna kepada Maybank Mastercard, Visa dan kad kredit atau debit AMEX. 

Msians Can Enjoy Movie Tickets At As Low As Rm10 At Tgv Cinemas Every Day World Of Buzz 2
sumber: wob

Sebarang kemudahan 3D, Twin Premium, Beanie, LUXE, INDULGE dan apa-apa promosi yang sedang diadakan tidak boleh digunakan dengan promosi ini.

Bagi Standard Hall, hanya Standard dan Preferred Seats sahaja boleh didapati manakala untuk IMAX 2D dan IMAX 3D, hanya Standard dan Premium Seats saja yang anda boleh dapatkan.

Dsc08361
sumber: wob

Selain daripada promosi tiket, anda juga boleh menikmati diskaun di kaunter konsesi dan premis F&B di bawah TGV Cinemas. Dengan menggunakan Maybank Mastercard, Visa dan kad kredit AMEX, 10% diskaun akan diberikan untuk semua barangan F&B di kaunter konsesi termasuklah set kombo. Ingat! Jangan lupa tunjukkan kad kredit Maybank anda untuk mendapat diskaun 10% ini.

7N Tgvcinemasnew02
sumber: wob

Untuk outlet F&B, tawaran ini hanya boleh digunakan di Chill*X dan outlet Indulge sahaja. Diskaun 20% akan diberikan kepada semua barangan makanan dan minuman sementara anda juga boleh dapatkan diskaun 10% untuk Popcorn Royale dan set kombo. Anda juga perlu menggunakan Maybank Mastercard, Visa dan kad kredit AMEX anda untuk promosi ini.

PS: Semua promosi yang disebutkan di atas tidak sah digunakan dengan mana-mana promosi lain.

Jadi macam mana? Bolehlah plan dengan kawan-kawan nak tengok wayang hujung minggu ini!

Baca: Lost World of Tambun Buat Promosi Harga Runtuh Tiket Serendah RM1 Hingga November! 

Promo

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.