“Hanya Tuhan mampu balas jasa encik” – Mangsa Banjir Terhutang Budi Bilal Sudi Beri Bantuan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Kejadian banjir di Pulau Pinang baru-baru ini telah memunculkan beberapa individu sebagai hero yang tidak didendangkan dalam membantu mangsa banjir di dalam kesusahan.

Antara yang mendapat perhatian dua tiga hari ini ialah kisah bilal yang baik hati, sanggup menumpangkan mangsa bukan beragama Islam untuk tinggal di dalam surau ketika banjir kilat melanda penempatan mereka.

Sumber: Malaysiakini

Meskipun tindakan Sapno Tukijo, 50, mendapat kritikan oleh beberapa individu yang menganggapnya tidak sensitif dengan situasi surau sebagai rumah ibadat, namun niat murninya telah mendapat pujian daripada mangsa banjir yang terkesan dengan kebaikan Sapno.



Sumber: NST

Menurut Sinar Harian, K Thulasiammal, 40, antara yang berasa terhutang budi dengan pertolongan yang dihulurkan bilal tersebut. Baginya, tiada apa yang mampu diungkap kepada bilal dan ahli kariah surau kerana sudi menumpangkannya bersama lima ahli keluarga di rumah ibadat berkenaan.

“Hanya Tuhan saja mampu membalas jasa warga Surau Taman Free School.

“Pada waktu itu, hujan lebat dan disusuli angin yang sangat kencang. Kira-kira jam 2 pagi, air sudah mula naik. Dalam setengah jam kemudian, air sudah paras pinggang dan arus sangat deras.

“Saya mula cemas kerana tidak tahu bagaimana mahu menyelamatkan bapa saya yang sudah berusia dan uzur.”

Sumber: Sepatu Putih

Manakala seorang lagi mangsa yang juga jiran kepada Sapno, Lee Swee Cheng, 50, berkata, lelaki tersebut merupakan orang yang paling berani kerana telah menyelamatkan beberapa penduduk yang tinggal di perumahan Lengkuk P Ramlee.



Sumber: Sinar Harian

Terima kasih kepada mereka yang menawarkan pertolongan ketika semua orang dalam keadaan terdesak. Kami tiada pilihan melainkan menerima pelawaan Sapno,” katanya.

Malah Swee Cheng juga meminta sesetengah pihak untuk tidak memanipulasi tindakan jirannya itu sehingga mencetuskan perbalahan.

“Jika boleh, jangan salah tafsir niat baik Sapno. Mereka yang tidak berada dalam situasi kami, mereka tidak akan faham.

“Air naik sampai ke paras dada, apa lagi pilihan lain yang kami ada? Terima kasih, Sapno.”

Sumber: BH

Sementara itu, Pengerusi Surau Taman Free School, Zakaria Mydin, 53, berkata, tidak semua mangsa yang berlindung di surau tersebut berbangsa Cina, malah ada juga mangsa yang berbangsa Melayu dan India.

Sumber: Sinar Harian
Sumber: Sepatu Putih

Pun begitu, beliau tidak mahu mengambil serius mengenai kecaman yang diperkatakan dalam media sosial kerana dia tahu niat sebenar disebalik pertolongan tersebut.



“Mereka hanya buat kesimpulan berdasarkan sekeping gambar. Mereka tidak tahu keadaan sebenar kami (mangsa banjir) pada ketika itu.

“Jangan terburu-buru buat kesimpulan. Saya yang memuat naik gambar itu, sepatutnya tanya kepada saya dahulu,” katanya.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak melalui Twitter sempat memuji tindakan bilal tersebut yang patut menjadi contoh buat semua.

Sumber: Twitter

Syabas buat Bilal Sapno kerana bertindak berani dan sanggup membantu mereka di dalam kesusahan. Semoga niat murninya dibalas dengan seribu kebaikan pada masa akan datang. 

Baca: Anak Hero! Berani Selamatkan Bapa Dan Ibu Lumpuh Dalam Cuaca Hujan Lebat, Tanah Runtuh

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!