Hanya Kerana Enggan Minum Susu, Budak 3 Tahun Didenda Sebelum Hilang Dari Rumah

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Makin gila agaknya ibu bapa zaman sekarang. Hanya kerana kesalahan kecil, seorang budak perempuan dihukum dengan kejam sehingga menyebabkan kehilangannya secara tiba-tiba.

Menurut laporan mStar, Sherin Matthews yang baru berusia tiga tahun telah dilaporkan hilang setelah ditinggalkan di luar rumah oleh bapanya akibat tidak mahu meminum susu.

Sumber: mStar

Anak kecil yang mempunyai masalah perkembangan dan komunikasi itu telah dikatakan hilang sejak Sabtu lalu. Dia didakwa hilang ketika didenda bapanya untuk berdiri di bawah sebatang pokok yang terletak 100 kaki dari laman belakang rumahnya pada jam 3 pagi.



Gila ke apa bapak dia ni? Anak kecil lagi denda teruk macam tu! 

Ekoran kejadian yang berlaku, bapa mangsa, Wesley Matthews telah ditahan polis di Texas dan didakwa kerana mengabai dan membahayakan kanak-kanak tersebut.

Sumber: Mommyish

Malah dia juga dituduh menjadi punca kepada kehilangan anak perempuannya, Sherin.

Walau bagaimanapun, Wesley telah berjaya dibebaskan dengan bon jaminan sebanyak $250,000 (RM105,4375). Buat masa ini, pihak polis telah menggunakan pelbagai cara termasuklah bantuan anjing pengesan dan helikopter demi mencari kanak-kanak tersebut.

Tak cukup dengan itu, mereka juga menggunakan khidmat Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk menggeledah dan menyiasat kediaman mangsa.



Sumber: Nydailynews

Sherin sebenarnya merupakan anak angkat Wesley yang diambil dari sebuah rumah anak angkat di India dua tahun lalu.

Sumber: Twitter

Semoga pihak polis menemui kanak-kanak tersebut dengan secepatnya. Kasihan….

Baca: Kanak-kanak 10 Tahun Ditemui Tidak Sedarkan Diri dan Leher Dirantai Pada Tong Gas Oleh Bapa

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato’ Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!