in

“Guru hanya boleh guna kekerasan untuk pertahan diri” – Ahli Psikologi Tak Setuju Cikgu Tampar Pelajar Bermasalah

Kabu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Beberapa hari lalu kita dikejutkan dengan berita seorang guru yang mungkin kehilangan jawatan jika disabitkan kesalahan menampar anak muridnya yang bermasalah. Rata-rata netizen bengang dengan tindakan ibu bapa murid tersebut yang membuat laporan polis terhadap guru itu walaupun anak mereka yang terlibat dengan masalah disiplin.


Walaupun kes berkenaan telah selesai dengan pembebasan Cikgu Azizan, masih ada pihak yang mahu mengulas isu tersebut. Menurut Free Malaysia Today, ahli psikologi dan pakar memaklumkan bahawa seorang guru tidak wajar menggunakan kekerasan kepada pelajarnya, tidak kira betapa buruk tingkah laku murid itu.

Ci1
sumber: the malaysian insight

Mereka berpendapat bahawa terdapat pelbagai lagi cara lain untuk menangani murid bermasalah dan masalah disiplin pelajar. Profesor Madya Sundramoorthy dari Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia mengatakan bahawa guru tidak sepatutnya menggunakan kekerasan terhadap pelajar melainkan apabila diserang.

“Itupun guru hanya boleh menggunakan kekerasan munasabah semasa mempertahankan diri,” katanya mengulas tentang kes Cikgu Azizan yang didakwa di Mahkamah Majistret Seremban kerana menggunakan kekerasan terhadap seorang pelajar yang mempunyai kesalahan disiplin.

“Guru perlu dapatkan kebenaran pengetua sebelum mengenakan hukuman rotan.”

Ci2
sumber: berita harian

Tidak menyokong sebarang bentuk hukuman dera, Sundramoorthy menekankan bahawa kekerasan bukanlah cara mendidik dalam masyarakat demokratik dan sivil kerana menanam rasa takut bukan jalan betul.

“Sudah tentu guru-guru tidak berpuas hati kerana tidak dapat mengendalikan pelajar yang tidak mudah dikawal, tetapi kita tidak boleh dengan mudah mengenakan hukuman dera kerana ia bukan penyelesaian masalah.”

“Apabila anda berdepan kejadian buruk seperti itu, anda perlu berikan panduan dan kaunseling,” kata Sundramoorthy lagi menekankan kepentingan kewujudan kaunselor terlatih di sekolah.

Ci4
sumber: usm

Ahli kriminologi dan psikologi, Dr Geshina Ayu Mat Saat pula memaklumkan bahawa terdapat sekurang-kurangnya empat alasan untuk pelaksanaan hukuman, iaitu pembalasan, pencegahan, pemulihan dan menghilangkan keupayaan.

“Kita perlu mengenal pasti kategori mana tindakan yang diambil oleh guru itu, sama ada menampar itu disebabkan oleh kemarahan atau semata-mata mahu mendidik pelajar.”

Geshina mengatakan bahawa pertimbangan mesti diberikan sama ada pelajar itu merasakan hukuman yang dikenakan itu wajar ataupun tidak, sama ada ibu bapa pelajar merasakan hukuman itu bersesuaian, sokongan masyarakat dan daya tahan pelajar sendiri.

Ci3
sumber: the malay mail

Ketua Unit Kaunseling Universiti Pendidikan Sultan Idris, Dr Fauziah Mohd Saad pula berkata bahawa tindakan dilakukan Cikgu Azizan perlu dimaafkan.

“Ia sepatutnya dimaafkan jika tujuannya untuk mendidik pelajar apa yang betul dan salah dan jika ia boleh menghalangnya daripada melakukan sebarang kesilapan.”

Fauziah turut menyuarakan kebimbangan tentang bahaya yang akan dihadapi pelajar itu jika dia benar-benar menghidu gam dan khuatir jika murid berkenaan mempengaruhi rakan-rakan yang lain.

Apa pendapat korang dalam hal ni?

Baca: “Kenapa mak bapak sekarang bodoh?” – Netizen Kecewa Sikap Ibu Bapa Lindung Anak Nakal Kes Cikgu Azizan

Ickdks

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.