Gebu, Murah, Sedap! Peminat Donut Kena Cuba Dofi Donut & Coffee di Kuantan Ini!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Alahai seronoknya petang-petang kalau dapat minum secawan kopi dengan dessert seperti kek ataupun donut yang gebu! Terasa macam duduk di Paris pula sambil menikmati makan petang dan tengok Menara Eiffel dari jauh.

Namun kini anda tak perlu nak berangan lagi! Dofi Donut & Coffee telah dibuka di Kuantan dan orang ramai boleh serbu kedai itu kerana donut yang mereka sediakan memang gebu, murah dan paling penting sedap hingga menjilat jari! Wow! 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Dibuka pada setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam, tempat ini sesuai untuk dijadikan port baru bagi golongan muda untuk chill atau berborak sambil menikmati donut yang sedap. Kedai mereka juga dikatakan sangat selesa, sejuk dan cantik dengan hiasan moden sebagai interior dalaman.



Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Topping yang disediakan Dofi juga adalah salah satu sebab yang menarik perhatian pengunjung di kedai ini. Antaranya seperti gambar-gambar di bawah. Meleleh-leleh topping tu. Memang tak kedekut langsung! 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Topping nestum dan cornflakes recommended tau! Selain menyediakan donut untuk santapan semua, mereka juga ada pilihan kopi yang menarik dan bakal menaikkan selera pelanggan.

Sumber: Facebook
Sumber: Instagram

Terdahulu, Dofi Donut & Coffee bermula dengan servis penghantaran donut gula dan donut pelbagai topping ke seluruh kawasan Kuantan. Lihatlah sekarang perniagaan mereka membesar hingga boleh buka kedai! 

Sumber: Facebook
Sumber: Facebook

Bagi mereka yang berminat untuk mengunjungi kedai ini, anda bolehlah ke alamat No 10, Tingkat Bawah, Jalan Penjara, 25100 Kuantan, Pahang. Kedai ini terletak berhadapan dengan Brojat Store, berdekatan Kuantan Parade. Untuk makluman lanjut mengenai kedai tersebut, anda juga boleh lawati laman Facebook Dofi Donut & Cofee.

Alahai! Meleleh-leleh dah air liur admin tengok topping donut yang sedap tu. Jomlah ke Kuantan dan serbu Dofi di sana! 



Baca: Bukan Kain Atau Tuala Tetapi Ini Adalah Kek Swiss Roll Corak Batik! 

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!