Bukan Sekadar Makan, Kini Anda Boleh Gayakan Indomie Sebagai Beg Tangan!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Beg tangan merupakan salah satu elemen penting dalam fesyen bagi wanita terutamanya. Pelbagai rekaan beg tangan terkini yang menjadi kegilaan ramai wanita dan paling terbaru adalah beg tangan Indomie ini.

Indomie tidak dinafikan adalah hidangan favorite ramai orang ketika berkunjung ke kedai mamak dan seorang wanita dari Indonesia baru-baru ini menggunakan makanan tersebut sebagai ilham untuk dijadikan perincian beg tangan terbaru rekaannya bermotifkan bungkusan mi segera itu.

Sumber: Friedchillies

Mariko Tampi, pereka fesyen Indonesia menghasilkan beg buatan tangan dengan pelbagai motif dan corak. Mariko yang juga dikenali dengan hasil kerjanya yang teliti, halus dan kemas telah menghasilkan beg tangan Indomie yang mendapat perhatian ramai selepas digayakan oleh selebriti, Nindy.



Sumber: Instagram

Nindy atau nama sebenarnya Anindia Yandirest Ayunda telah menggayakan beg tangan Indomie itu ketika menghadiri Jakarta Fashion Week dan gambar yang dimuat naik wanita itu serta merta tular di media sosial.

Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Menurut netizen, jika dilihat dari jauh, beg tangan itu kelihatan benar-benar seperti bungkusan Indomie yang asli.

Sumber: Instagram

Ramai penggemar beg tangan bersetuju bahawa beg yang dihasilkan oleh Mariko unik serta lain dari yang lain. Selain itu, saiznya yang comel boleh menampakkan seseorang itu kelihatan lebih kasual dan bergaya.

Sumber: Instagram

Antara motif lain yang digunakan Mariko dalam penghasilan beg tangannya adalah Panadol, sayur-sayuran, keropok Taronet, ubat herba serta bermacam lagi.

Ini antara rekaan unik dari Mariko yang berjaya menarik perhatian ramai penggemar beg tangan:



Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram
Sumber: Instagram

Kreatif betul, macam mana boleh terfikir nak buat beg tema Indomie tu.

Baca: Nasi Lemak Bungkus Jadi Koleksi Beg Tangan Musim Bunga Jenama Terkemuka Hermès

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Sue Idris

Suka thriller movies, suka kucing, suka makan, suka kopi, suka melancong, suka shopping, suka berangan, eh suka semua lah!