in

Bangunan BEI Runtuh di Jakarta. Lawatan Sambil Belajar Pelajar Universiti Bertukar Tragedi

Page Jakarta

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pada hari ini, Malaysia telah digemparkan dengan berita di mana jalan raya di KM 16 telah runtuh dan hampir meragut tiga nyawa. Malangnya, pada hari yang sama satu lagi tragedi telah menimpa di negara jiran kita, Jakarta dan kali ini beratus telah dilaporkan tercedera.


Menurut Coconuts, baru tadi tingkat mezzanine bangunan Bursa Efek Indonesia (BEI) di Selatan Jakarta telah runtuh dan hampir meragut banyak nyawa. Mengejutkan, majoriti mangsa merupakan pelajar universiti yang kebetulan sedang melakukan lawatan sambil belajar di situ.

Ceiling Suddenly Collapses Onto Crowded Lobby Inside Jakarta Stock Exchange Tower World Of Buzz 6
sumber: wob
Ceiling Suddenly Collapses Onto Crowded Lobby Inside Jakarta Stock Exchange Tower World Of Buzz 7
sumber: wob

Menurut WORLD OF BUZZ, balkoni bangunan di menara dua telah runtuh selepas pelajar-pelajar dari Bina Darma Universiti Palembang beramai-ramai berdiri di kawasan tersebut.

Jurucakap pertukaran saham Jakarta memberitahu bahawa bangunan tersebut telah runtuh pada kira-kira jam 12.30 tengah hari iaitu jam 1.30 petang waktu Malaysia. Dimaklumkan bahawa kawasan yang runtuh itu merupakan bahagian bangunan yang sering dilawati oleh para pelancong.

Ceiling Suddenly Collapses Onto Crowded Lobby Inside Jakarta Stock Exchange Tower World Of Buzz 5
sumber: wob

Selain itu, dilaporkan juga bahawa majoriti mangsa telah berjaya dikeluarkan daripada bangunan tersebut selepas ianya runtuh. Namun, jumlah sebenar mangsa yang tercedera dan terkorban masih belum dapat disahkan. Walau bagaimanapun, difahamkan dianggarkan jumlah kecederaan mencecah lebih 100 orang di dalam kemalangan itu.

Ceiling Suddenly Collapses Onto Crowded Lobby Inside Jakarta Stock Exchange Tower World Of Buzz 2
sumber: wob
Ceiling Suddenly Collapses Onto Crowded Lobby Inside Jakarta Stock Exchange Tower World Of Buzz
sumber: wob

Sementara itu, pihak polis masih sedang menyiasat punca keruntuhan dan menolak keberangkalian bangunan tersebut runtuh akibat perbuatan khianat pengganas kerana tiada bahan letupan dijumpai di tempat kejadian.

Dtjvwtovmaaf2D9
sumber: coconuts
Runtuh
sumber: coconuts

Semoga segala urusan dipermudahkan.

Baca: Berpantang Maut Sebelum Ajal! Tiga Mangsa Hampir Maut Jalan Mendap di Laluan Utama Jemaluang-Mersing

Page Jalan 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.