“Aku memang berdendam dari kecil lagi dengan pakcik makcik sebelah arwah ayah aku ni…”

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Perebutan harta antara saudara mara bukanlah sesuatu yang luar biasa terutamanya apabila berlaku kematian di dalam sesebuah keluarga. Apa yang lebih menyedihkan apabila saudara yang menuntut ‘hak’ mereka tidak pernah menunjukkan muka pun sebelum itu.

Kisah ibarat drama Melayu ini adalah apa yang berlaku kepada pemilik Twitter @ABMSaiful yang tergerak untuk menceritakan kisahnya selepas mendapat Whatsapp daripada makciknya yang ingin meminjam duit daripadanya. Saiful memberitahu bahawa dia tidak akan meminjamkan duit kepada makciknya kerana dia masih menyimpan dendam kepada pakcik dan makcik sebelah arwah bapanya itu.

Sumber: Twitter

Menurut Saiful, makcik dan pakciknya tidak pernah bertanyakan khabar dan bersifat acuh tidak acuh apabila bertemu dengannya kemungkinan kerana ayah Saiful bekerja biasa dan hanya tinggal di rumah kayu. Walau bagaimanapun, anak buah lain yang daripada keluarga berada telah dilayan dengan baik sekali oleh mereka.



Sumber: Twitter

Saiful turut menceritakan layanan yang diberikan oleh mereka, di mana pakcik dan makciknya langsung tidak mahu membantu menghantarnya ke universiti buat kali pertama apabila emaknya meminta pertolongan tersebut. 

Sumber: Twitter

Walaupun begitu, Saiful yang tinggal di Terengganu mencari ikhtiar lain dan meminta bantuan abangnya yang menjual burger di Kuala Lumpur yang kebetulan mempunyai rakan-rakan yang tidak kisah untuk membantunya.

Sumber: Twitter

 

Saiful dan kakaknya kemudian mengambil keputusan untuk menyelesaikan urusan rumah pusaka tersebut di pejabat tanah dan mereka dimaklumkan bahawa pakcik dan makciknya tiada hak ke atas rumah tersebut yang diletakkan di atas nama ibu dan kakak Saiful.

Sumber: Twitter

Terang Saiful, keesokan harinya pakcik dan makciknya datang berjumpa dan memohon maaf sambil menangis dan memeluknya. Walau bagaimanapun, ujar Saiful dia masih sentap dengan segala yang telah mereka lakukan kepada dia sekeluarga kerana telah bersabar selama 30 tahun.

Sumber: Twitter

Aduhai, harap pekongsian bro ni dijadikan pengajaran buat kita semua.



Baca: Warga Emas Diperdaya Anak Kandung, Tukar hak Milik Aset RM4 Juta Ketika Sakit

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.