in

7 Situasi Yang Confirm Semua Calon SPM Pernah Lalui. Betul Tak?

Spm12

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini 6 November merupakan detik perjuangan pelajar-pelajar tingkatan 5 di Malaysia kerana bermulanya peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Setiap orang yang pernah menjadi pelajar di Malaysia pastinya pernah mengalami situasi yang hampir sama.


Berikut merupakan 7 perkara yang dilalui oleh semua calon SPM.

 

1. Tiba-tiba rajin kemas tempat belajar dan kerap tukar tempat belajar

Kebiasaanya akan terdapat pelbagai jenis buku atas meja belajar kita. Ada buku teks, buku rujukan, buku nota dan macam-macam lagi lah. Apabila hampirnya waktu SPM, kita pun mulalah rajin mengemas meja belajar.

Buku tersusun rapi, pensel dan pen diletakkan di tempat yang sepatutnya. Kononnya dengan meja yang tidak serabut, otak pun tidak akan serabut maka ilmu pun akan senang masuk. Tetapi hakikatnya, kita akan memilih katil juga untuk mengulangkaji. Kalau dah belajar atas katil ni, last last apa lagi kan.. Zzzzzzz

Giphy

 

2. Malam sebelum SPM mata susah nak lelap

Ini adalah perkara biasa bagi sesiapa yang akan menghadapi sesuatu yang penting pada keesokan harinya. Mak dah janji kejut, jam dah dikunci tapi masih tak boleh tidur sebab risau terlambat bangun dan terlepas SPM. Lepas tu, hati tak tenang, asyik fikirkan topik-topik yang dah diulangkaji tu.

Giphy Downsized Large

 

3. Apabila kawan mula bincang sebelum masuk dewan peperiksaan, mula gelabah sebab rasa macam tak pernah dengar topik tu

Pada hari SPM, kawan-kawan kiri kanan mula berbincang topik-topik untuk subjek tu. Kita pun join la sebab nak dapatkan tips last minute. Tapi lepas tu, kita mula gelabah. Kenapa? Sebab antara yang dibincangkan, pasti ada satu atau dua topik buatkan kita rasa macam, “Tak pernah dengar dan tak pernah belajar pun”.

Giphy 1

 

4.  Gelabah bila tengok soalan susah dan otak jadi blank

Bila dah masuk dewan peperiksaan dan kertas diberikan, pegawai pemeriksa akan suruh kita check kertas untuk pastikan bilangan muka surat mencukupi. Kita pun mengambil peluang mengintai soalan yang ada dan mula gelabah sebab soalan susah. Bila nak jawab, mulalah otak pun jadi blank. Tak membantu langsung!

Spm5

 

5. Tangan menggigil teruk bila pegawai pemeriksa beritahu “10 minit lagi”

Pegawai pemeriksa akan selalu ingatkan masa yang tinggal supaya calon boleh bajet masa mereka dalam menyiapkan soalan. Tapi yang paling gelabah bila pegawai pemeriksa mula beritahu bahawa anda cuma ada “10 minit lagi”. Alamak! Soalan banyak lagi tak jawab. Tangan pula tak bekerjasama sebab asyik menggigil takut tak sempat siap.

Giphy 2

 

6. Hentam jawapan sebab dah give up tak tau nak letak jawapan apa

Bila banyak soalan tak siap lagi, masa pun singkat, jalan penyelesaian? Hentam je lahh! Saat inilah anda akan menjadi kreatif betul, mereka dan ‘menggoreng’ segala jenis jawapan menggunakan apa-apa info yang terlintas di fikiran. Masa ni, tulisan pun jadi macam cakar ayam. Lantaklah, janji tak tinggalkan kosong!

Spm3

 

7. Kawan bincang lepas peperiksaan, lepas tu kita panik sebab jawapan tak sama dengan diorang.

Selepas keluar dewan peperiksaan, kita pun berjanji untuk tidak berbincang soalan dengan kawan sebab takut mengganggu emosi untuk kertas seterusnya. Tapi, mesti ada juga kawan yang berbincang juga dan kita pun sibuk pasang telinga sebab nak tau jawapan kita sama dengan mereka ataupun tidak. 5 minit selepas itu kita akan rasa menyesal sebab rata-rata jawapan yang diberikan kawan tidak sama dengan jawapan kita. Fuhhhh tension beb!

Spm4

Peperiksaan SPM memang tak dapat disangkal ialah salah satu peperiksaan yang membuatkan kita tertekan. Ini kerana keputusan SPM ialah tiket untuk menentukan masa hadapan. Tetapi dengan persediaan yang rapi, SPM pastinya tidak akan menjadi sesuatu yang menakutkan. Apapun, selamat maju jaya diucapkan kepada calon-calon SPM. Semoga dipermudahkan untuk menjawab soalan!

Baca: 7 Jenis ‘Housemate’ Yang Boleh Buat Anda Pening Kepala

Spm15

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.