in

7 Mini Pelamin Cantik Area KL Bawah Harga RM450

Page Pelamin

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kebiasaannya, pada awal tahun ini pasti ada yang sudah merancang untuk menamatkan zaman bujang mereka. Pada yang merancang untuk bertunang, pastinya sudah mula survey mini pelamin bagi majlis pertunangan bukan?


Oleh itu, bagi memudahkan kerja anda, kami telah menyenaraikan 7 mini pelamin yang cantik area KL bawah harga RM450. Jom tengok yang mana sesuai! 

 

1. Maslinda Shaari

Pelamin1
sumber: instagram
Pelamin1B
sumber: instagram

Instagram ini menyediakan pelbagai mini pelamin yang cantik-cantik pada harga RM200 sahaja. Hasil kerja serta kombinasi warnanya juga menarik dan akan membuat rakan-rakan anda menyangka bahawa pelamin anda berharga ribu riban!

Instagram: qisyacandycorner

 

2. Nur Nurul MUA

Pelamin2
sumber: instagram
Pelamin2C
sumber: instagram

Hasil kerja peniaga instagram ini memang cantik dan kemas. Mini pelamin peniaga ini memang sesuai untuk sesiapa yang menginginkan pelamin yang ringkas tetapi cantik. Bukan itu sahaja, dengan pakej RM300, anda boleh dapat perkhidmatan solekan, lukis inai dan bunga tangan secara percuma! Wow bagusnya! 

Instagram: nurulnurul_nurul

 

3. Meqar Concept

Pelamin3
sumber: instagram
Pelamin3B
sumber: instagram

Pada peminat mini pelamin berwarna pastel, anda bolehlah menempah daripada Meqar Concept. Terdapat dua pakej DIY iaitu RM250 untuk pelamin berukuran lapan kaki dan RM300 untuk ukuran 12 kaki. Mesti anda nampak sweet je atas pelamin tu nanti! 

Instagram: meqar.co

 

4. Bunga Rustic Enterprise

Pelamin4
sumber: instagram
N
sumber: instagram

Mini pelamin daripada Bunga Rustic Enterprise memang tidak dinafikan kelihatan cantik terutamanya dengan pencahayaan yang menarik dan digandingkan pula dengan bunga-bunga berwarna lembut. Walau bagaimanapun, mereka hanya menerima tempahan daripada beberapa tempat sahaja di KL dan harga mini pelamin ini bernilai RM450.

Instagram: bungarustic

 

5. Pelamin Budget KL & Selangor

Pelamin5
sumber: instagram
Captureh
sumber: instagram

Siapa yang suka pelamin mereka dengan bunga-bungaan yang banyak, bolehlah memilih untuk menggunakan perkhidmatan Pelamin Budget KL & Selangor ini dengan serendah harga RM350 sahaja! Berbaloi-baloi tau!

Instagram: pelamin.budget

 

6. Yaya Baha Concept

Pelamin6
sumber: instagram
Pelamin6B
sumber: instagram

Mini pelamin ini sesuai untuk yang inginkan jumlah bunga di pelamin yang tidak terlalu banyak tetapi tidak juga terlalu sikit. Kira balance lah kan. Kombinasi warna dan pencahayaan juga menarik, digandingkan pula dengan backdrop yang nampak mahal namun hanya bernilai RM300 sahaja.

Instagram: yayabahaconcept

 

7. Siti Aimi

Pelamin7
sumber: instagram
Pelamin7B
sumber: instagram

Siti Aimi menyediakan perkhidmatan pelamin, mini pelamin dan juga buaian berendoi dengan kadar harga yang agak murah. Perkhidmatan mini pelaminnya hanya berharga RM400 sahaja termasuk caj penghantaran. Lepas bertunang, kahwin, kemudian boleh buat majlis berendoi anak dengan servis Siti Aimi saja. Bestnya! 

Instagram: sitiaimi90

Apa tunggu lagi? Kepada mereka yang bakal menamatkan zaman bujang tu bolehlah ringankan tangan dan follow Instagram mereka. Memang banyak jimat tau kalau tempah dengan mereka ni!

Baca: 8 Pelukis Henna di Johor Bahru Dengan harga Berpatutan

F

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.