10 Pick Up Line Korang Boleh Cuba Bila Nak Ngorat Awek!

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Siapa kat sini pernah bercinta? Mesti anda pernah menggunakan ayat-ayat manis untuk mengorat pasangan, sama ada sebelum bercinta atau pun semasa sedang bercinta. Sekarang sudah menjadi satu trend bagi golongan muda untuk menggunakan pick up line untuk ‘mengayat’ sehingga terdapat lambakan ayat-ayat manis yang boleh dijumpai di internet.

Bagi memudahkan korang, ini kami senaraikan 10 pick up line yang korang boleh try dengan pasangan masing-masing. Yang baru nak cucuk-cucuk jarum tu pun boleh cuba juga 😜

 

1. Kenapa air laut masin ye?  



Pick up line yang pertama ini boleh digunakan bagi anda yang ambil jurusan sains. Kot nak acah-acah hebat tahu tentang hukum alam dan kononnya untuk menerangkan tentang fenomena air laut masin ni.

A: Awak tahu tak kenapa air laut masin?
B: Kenapa?
A: Sebab manisnya ada pada awak.

 

2. Teringin nak ada kapal selam….

Siapa yang suka adventure atau suka menyelam? Bolehlah gunakan pick up line yang kedua ini. Konon-konon nak naik kapal selam pula selepas dah tengok dasar laut.

A: Teringin nak ada kapal selam..
B: Kenapa?
A: Sebab I nak selami hati you.



 

3. Bertuah awak ni. Cantik, pandai, tapi satu je awak tak ade…

Yang ketiga ni, kami cadang digunakan oleh anda yang suka acah-acah sweet gitu, suka puji-puji untuk bagi pasangan anda merah-merah pipinya.

A: Bertuah awak ni. Cantik, pandai, tapi satu je awak tak ade…
B: Apa dia?
A: Awak takde saya.

 

4. I rasa raya tahun ni you tak payah pakai sampinglah

Pick up line yang keempat ni, hanya kaum wanita je boleh guna. Itupun kena tunggu time raya. Sekarang awal sangat nak cakap ni kat pasangan anda.



A: I rasa raya tahun ni you tak payah pakai sampinglah.
B: Kenapa?
A: Sebab I always di samping you.

 

5. Awak dah ada MyKad kan?

Kami cadangkan pick up line yang ini digunakan bila anda dah lama kenal satu sama lain. Yelah, takut pasangan anda tu rasa janggal pula.

A: Awak dah ada Mykad kan?
B: Dah. Kenapa?
A: Bila lagi kita nak buat MyKid?

 

6. You ni orang Klang ke?

Ayat manis yang keenam ni, kami cadang digunakan oleh anda yang baru nak mengorat bakal pasangan anda. Confirm cair dia!

A: You ni orang Klang ke?
B: Kenapa?
A: Sebab hati I Klang kabut bila pandang you.

 

7. Awak asal dari mana?

Sama juga macam ayat pikat yang di atas, anda boleh gunakan pada bakal pasangan anda. Ye lah takkan dah kenal lama baru nak tanya asal mana kan? Nanti lain pula yang jadi.

A: Awak asal dari mana?
B: Saya asal Melaka.
A: Eh? Ingatkan awak asal dari rusuk kiri saya.

 

8.  Awak tau tak apa beza awak dengan api?

Pick up line seterusnya, kami sarankan abam bomba untuk cuba. Yelah abam bomba yang selalu dengan api ni.

A: Awak tau tak apa beza awak dengan api?
B: Apa dia?
A: Api cairkan lilin, awak cairkan hati saya.

 

9. Nanti dah dapat result apply UTem tau!

Pelajar-pelajar yang sekarang sedang menduduki peperiksaan SPM mungkin boleh guna pick up line yang ini selepas habis sekolah nanti. Baru gempak sikit kan?

A: Nanti dah dapat result apply UTem tau!
B: Kenapa?
A: Sebab boleh UTemankan I belajar kat sana.

 

10. Awak tau tak perbezaan awak dengan Nippon Paint?

Pernah tak anda naik kereta dengan pasangan, kebetulan lalu di hadapan kedai cat? Kalau pernah, lepas ini kalau anda lalu lagi, bolehlah guna pick up line yang ini.

A: Awak tau tak perbezaan awak dengan Nippon Paint?
B: Tak tahu. Apa dia?
A: Nippon Paint mewarnai dinding tapi awak mewarnai kehidupan saya.

 

Apa tunggu lagi, pergi lah ‘mengayat’ crush korang tu guna pick up line ni 😝

Baca: Gadis Terlanggar Basikal Lelaki Ketika Memandu, Kini Jadi Pasangan Bercinta

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Amalina Zainal

Seorang yang optimis dan teliti serta berkemahiran dalam berkomunikasi; boleh bekerja dalam pasukan, berfikiran terbuka dan seorang yang menepati masa.