10 Persiapan Penting Ibu Bapa Bagi Anak Yang Bakal Naik Darjah Satu Bulan Depan

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:



Dalam beberapa minggu saja lagi, kita akan menginjak ke tahun 2018. Bagi mereka yang mempunyai anak yang bakal memasuki darjah satu, pasti macam-macam perkara yang sedang bermain di fikiran anda. Kebimbangan terbesar para ibu bapa ialah tidak mahu anaknya jauh ketinggalan dari segi pelajaran daripada anak-anak orang lain

Namun janganlah bimbang! Cikgu Mohd Fadli Salleh telah berkongsi di Facebook tentang 10 persiapan penting ibu bapa bagi anak yang bakal memasuki darjah satu tahun hadapan. Berikut apa yang disenaraikannya:

 

1. Pastikan anak kenal huruf dan boleh membaca serta mengeja walaupun sedikit



Gambar hiasan

Kalau boleh bukan itu sahaja, anak-anak juga mesti sudah boleh kuasai operasi asas nombor seperti tambah dan tolak di bawah 10. Hal ini kerana Silibus KSSR Semakan 2017 sangat tinggi arasnya. Murid yang masuk dengan ‘zero’ kata Cikgu Fadli, akan jauh ketinggalan. Silap-silap masuk kelas pemulihan.

Silibus Bahasa Malaysia Tahun 1 perlukan murid bijak dalam membina ayat berdasarkan gambar menjelang pertengahan tahun. Manakala matapelajaran Matematik pula sudah perkenalkan asas bundar, asas pecahan dan pengurusan data. Kalau ikutkan silibus lama, topik ini diajar ketika murid di tahun empat. Fuh payahnya! 

 

2. Bimbing anak di rumah dan elak rungut kata silibus tinggi dan soalan terlampau KBAT

Gambar hiasan

Walaupun anak sudah tahu asas membaca dan operasi nombor, tiada gunanya kalau tidak ada bimbingan lanjut di rumah. Sungguhpun silibus berat dan perlu belajar dalam masa singkat, majoriti pelajar masih boleh lakukannya dengan baik.

Malah kebanyakan murid yang ketinggalan adalah kerana mereka tidak mendapat bimbingan lanjut di rumah. Kata Cikgu Fadli, jika mahu anak berjaya, ibu bapa kena bantu mereka dan tak harap semata-mata pada guru serta sekolah.



 

3. Ajar anak kenali wang

Gambar hiasan

Ajarlah anak guna wang dan tunggu terima bakinya. Ajar juga supaya jangan beri wang jika murid lain minta. Adukan kepada guru kalau ada murid lain minta wang daripada mereka. Perkara asas ini haruslah diajar dari rumah lagi. Cikgu tak mampu ajar beratus murid cara guna wang dan jaga duit poket mereka.

 

4. Ajar anak guna tandas awam/sekolah

Gambar hiasan

Ajar anak minta izin untuk ke tandas dan jangan buat perangai seperti di rumah. Sebagai contoh, ada murid buka seluar dalam kelas dan berlari bogel menuju ke tandas tanpa rasa malu. Ada pula buka seluar di luar pintu tandas dan seluar basah kuyup kena air dekat lantai serta kotor dipijak kawan yang lalu lalang. Aduhai lucu! 

 

5. Jangan takutkan murid dengan beritahu cikgu garang



Gambar hiasan

Ramai ibu bapa takutkan anak dengan ayat:

“Abang jangan nakal-nakal. Nanti cikgu rotan.”

Disebabkan takut murid akhirnya tak nak minta izin ke tandas. Malah ramai murid dikatakan berak atau kencing dalam seluar kerana takut untuk minta izin daripada guru yang sering dimomokkan garang oleh ibu bapa. Alamak! 

 

6. Ajar anak berkongsi dan menjaga barang sendiri

Gambar hiasan

Para ibu atau bapa buatlah bekal makanan lebih dan suruh anak kongsikan ia bersama murid lain. Ajar mereka berkongsi pensel, pemadam dan alat tulis juga. Tapi pastikan mereka ambil barang dan pandai simpan semula.

Hal ini kerana ramai murid tak pandai jaga harta sendiri. Hasilnya, di kantin lambakan botol air dan bekal makanan yang murid tinggal. Dalam kelas, lambakan alat tulis yang jatuh tidak dikutip, buku ditinggalkan di bawah meja. Ish, ish, ish! 

 

7. Jangan bagi anak pakai kasut bertali jika tak pandai ikat dan ajar buka serta pasang tali pinggang

Gambar hiasan

Ramai budak tahun satu pakai tali pinggang pertama kali semasa menjejak kaki di sekolah. Tali pinggang juga dipakaikan ibu dan bapa. Namun ramai juga murid yang terkencing dan terberak dalam seluar gara-gara tak pandai buka tali pinggang. Huh kesiannya! 

 

8. Ajar anak susun jadual ikut hari

Gambar hiasan

Jangan biar anak bawa semua buku ke sekolah. Bawa buku ikut jadual sahaja supaya beg tidaklah berat nanti. Boleh juga ajar si ayah susun jadual anak!

Hal ini kerana, bila ibu out station, ayah boleh jadi tukang susun buku. Jangan jadi ayah yang ‘banana’ sumbat semua buku dalam beg. Kasihan anak bawa buku berat-berat ke sekolah.

 

9. Jika ada group WhatsApp kelas, jangan WhatsApp tengah malam dan harapkan balasan segera

Gambar hiasan

Bak kata Cikgu Fadli, “Cikgu bukan kedai 7-Eleven yang setiap masa tunggu nak reply mesej anda.”

“Hormati group tersebut. Jangan post status politik, jangan spam dengan nasihat, kata-kata hikmah, perkongsian cerita menarik atau apa jua. Cukuplah group itu untuk maklumat anak dan kelas,” tambahnya lagi.

Kalau berminat untuk kongsi isu semasa, hadis, kata nasihat, mutiara kata dan lain-lain bukalah group WhatsApp lain dan masukkan semua ibu bapa di sana. Paling penting, jangan berniaga dalam group tersebut. Ingat tu! 

 

10. Usah ratib sukarnya silibus baru dan payahnya silibus KBAT

Gambar hiasan

Berhentilah merungut! Sebaiknya ibu bapa bertindaklah supaya anak mereka maju ke depan. Bila kita sering merungut silibus susah dan lain-lain di hadapan anak, mereka pun sudah set dalam kepala betapa ‘payahnya belajar’.

Sesi persekolahan 2018 akan bermula tidak lama lagi. Kepada ibu bapa, selamat berjuang dalam mendidik anak-anak menjadi insan yang cemerlang. Tiada apa yang mustahil melainkan usaha yang berterusan daripada ibu bapa dan anak-anak. Selamat maju jaya! 

Nota: Gambar digunakan adalah sekadar ilustrasi

Baca: “No, means no!” – Ibu Kongsi Cara Bentuk Sikap Anak Sejak Usia Kecil

Rocket WOBDapatkan berita yang paling viral setiap hari:


Written by Syaida Ismail

Seorang yang suka berimaginasi dan amat meminati penyanyi nombor satu negara, Dato' Siti Nurhaliza. Mungkin kelihatan comel dan tidak merbahaya, namun amat menyukai novel bergenre aksi-thriller. Hati-hati!